HALANGAN YANG ADA DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN | Jarang kita ketahui tempat-tempat yang menyediakan program team building yang sangat selesa. Maksud patik dengan istilah selesa ini adalah tempat yang memenuhi kriteria untuk mengadakan progam dan sekaligus ianya diadakan didalam kawasan hotel.
Untuk pengetahuan korang semua,
Hotel Klana Resort Seremban menyediakan aktiviti
team building untuk sesiapa saja yang ingin mengadakan program disini.
Untuk kali ini patik dan krew
Projek Travel telah dijemput untuk sama-sama merasai pengalaman melakukan team building disini.
 |
Penerangan keselamatan sebelum melakukan aktiviti |
Sebelum kami melakukan aktiviti team building ni, kami telah diberi penerangan ringkas oleh Encik Adnan berkenaan penggunaan alatan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti ini.
 |
Peralatan keselamatan yang digunakan oleh peserta |
Bagi patik aktiviti permulaan ini seperti
repelling dan juga
flying fox ini agak berbahaya, jadi peralatan ini akan digunakan oleh setiap peserta sebagai bagi memastikan keselamatan setiap orang.
 |
Aktiviti repelling |
Selain aktiviti
repelling dan juga
flying fox, terdapat aktiviti lain seperti aktiviti halangan bergayut dimana semua halangan ini hanya dilakukan dari pokok ke pokok.
 |
Penerangan sebelum melakukan aktiviti halangan |
 |
Halangan yang disedikan untuk peserta hadapi |
 |
Keadaan halangan lain yang perlu dilalui |
Ini adalah halangan yang perlu dilalui oleh semua peserta team building dimana konsep kerjasama sangat-sangat dituntut bagi menghabiskan semua halangan ini.
Jom kita saksikan rakan-rakan
Projek Travel melakukan aktiviti. Patik dimana? Patik menjadi salah seorang videography sepanjang aktiviti disini.
 |
Kerja berpasukan diperlukan untuk melepasi halangan ini |
 |
Halangan bertali |
Naahhh.. itu adalah aktivit yang akan korang lalui sekiranya korang membuat tempahan bagi aktiviti team build di
Hotel Klana Resort Seremban.
Dipenghujung program team building, korang akan merasai pengalaman untuk berakit didalam kolam renang di
Hotel Klana Resort Seremban. Untuk pengetahuan korang semua, kolam renang disini adalah kolam renang yang terbesar di Seremban. Kolam renang yang berkonsepkan taman tema, sesuai untuk keluarga yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak.
 |
Aktivit berakit didalam kolam renang terbesar di Seremban. |
Secara keseluruhan
Hotel Klana Resort Seremban bukan sahaja sebuah hotel untuk beristirehat, tetapi hotel yang boleh patik kategorikan sebagai hotel lengkap untuk menginap dan juga untuk mengadakan aktiviti team building.
 |
Bersama orang kuat Hotel Klana Resort Seremban |
Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang aktivit berbentuk team buiding, patik cadangkan korang mencuba aktiviti ini di
Hotel Klana Resort Seremban ini.
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Telefon:
(606) 766 7888
Website:
Email:
info@klana-resort.com.my
reservations@klana-resort.com.my
Comments
Post a Comment