PEMENTASAN TEATER MUZIKAL FANTASY RAIN FOREST TARIKAN TERBARU DI PICC PUTRAJAYA


PEMENTASAN TEATER MUZIKAL FANTASY RAIN FOREST TARIKAN TERBARU DI PICC PUTRAJAYA | Patik ni jenis yang suka sangat dengan pesembahan pementasan tak kira laa persembahan nyanyian atau sebarang teater.

Tempoh hari patik telah dijemput oleh pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) untuk melihat sendiri permentasan teater muzikal yang bertajuk Fantasy Rain Forest yang akan menjadi tarikan terbaru orang ramai datang ke PICC.


Menarik Pementasan Teater Muzikal Fantasy Rain Forest

Apa yang menarik bagi patik adalah pementasan muzikal ini memasukkan pelbagai elemen seperti tarian, persembahan hebat akrobatik yang meliuk lentok, muzik yang hebat seolah-olah berada didalam sebuah hutan hujan tropika yang sebenar, teknik pencahayaan yang sangat hebat yang boleh patik gambarkan seperti menontonya di Istana Budaya.

Tarian tradisional yang begitu mengasyikkan
Tarian tradisional yang begitu mengasyikkan
Kita sedia maklum Malaysia memang kaya dengan keindahan flora dan fauna daripada hutan hujan tropika kata dan keunikan ini memberi ilham kepada pengarah untuk menghasilkan pementasan tetaer muzikal seperti ini. 

Persembahan yang sangat mengkagumkan
Persembahan yang sangat mengkagumkan
Kisah pementasan teater muzikal Fantasy Rain Forest ini bermula apabila hutan hujan tropika yang memang menjadi tempat bagi flora dan fauna ini telah dicerobohi oleh seorang pemburu yang cuba meragut keindahan hutan ini. Pelbagai usaha yang dilakukan demi kepentingan diri sendiri. Memang sangat jahat pemburu ini. 

Aksi hebat yang ditonjolkan sepanjang persembahan
Aksi hebat yang ditonjolkan sepanjang persembahan
Apa yang menarik dan yang patik suka adalah aksi-aksi akrobatik yang sangat unik dan memang patik sendiri kagum. Mereka bergayut dengan menggunakan tali dan ada yang menjadikan tiang untuk bergayut tu memang terbaik. 

Tarian tradisional yang menggabungkan gerak tari flora dan fauna memang memberi tarikan kepada sesiapa yang menontonnya. 

Persembahan yang berwarna-warni
Persembahan yang berwarna-warni
Pementasan teater muzikal Fantasy Rain Forest ini telah mula dipentaskan sehingga tahun 2019 nanti. Lama bukan? Jadi jom segera untuk melihat sebelum basi orang kata. hahahaha

Siapa sangka, PICC yang sinonim dengan program korporat dan juga formal telah berubah warna menjadi sebuah lokasi pementasan untuk hiburan bersama.

Pementasan 2 kali sehari iaitu pada jam 2.00 petang dan 6.00 petang ini boleh disaksikan di Hall A Putrajaya Internation Convention Centre (PICC) dan tiket-tiket boleh didapati terus di kaunter jualan yang berada disana. 

TEATER MUZIKAL FANTASY RAIN FOREST

Persembahan yang bertaraf antarabangsa ini telah menempa kejayaan di beberapa buah negara seperti China, Cambodia, Singapura dan Thailand. Nampak tak, betapa hebatnya persembahan yang korang akan saksikan hanya di Putrajaya International Convention Centre (PICC) ini. 

FANTASY RAIN FOREST
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Presint 5, Putrajaya

Masa: 2 petang & 6.00 petang SETIAP HARI

Tiket: RM200 (VIP), RM120 (Biasa), RM60 (Kanak-kanak)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN