INFORMASI BERGUNA BAGI PENGGEMAR KETAM
INFORMASI BERGUNA BAGI PENGGEMAR KETAM | Bagi mereka yang digelar sebagai penggemar ketam, mereka selalunya akan mendapatkan ketam yang mentah di pasar malam atau pasar borong kerana harganya yang boleh ditawar-tawar. Lumrah orang Malaysia yang suka tawar menawar.
Tetapi apa yang patik perasan harga ketam segar selalunya akan menjangkau harga yang kadang kala tidak tercapai dek akal. Bila sudah betul-betul pasti dengan harga barulah patik akan beli.
Kebiasaan patik akan memlilih terlebih dahulu dan kemudian akan melihat terus mesin penimbang selepas membuat pilihan untuk memastikan timbangan yang betul dengan apa yang patik mahukan. Timbangan itu penting juga untuk memastikan bajet yang patik bawa itu mencukupi semasa pembelian.
Patik yakin teknik pilih, timbang dan tawar yang patik sebut diatas 100 % serupa dengan pembaca blog patik diluar sana. Hehehe.
RESTORAN MAKANAN LAUT
Ketam Nipah menjadi kegemaran orang ramai |
Patik yakin bagi mereka yang pertama kali atau yang selalu datang makan direstoran ini, korang pasti akan bertanya dengan pihak restoran dan mendapatkan cadangan menu yang dirasakan enak untuk dinikmatik seluruh keluarga.
Persoalan patik adalah, adakah harganya seperti yang kita dapat dipasar basah atau pasar borong? Adakah kita akan melalui fasa memilih, menimbang dan juga fasa menawar yang patik ceritakan pada awal tadi?
Patik yakin harga yang ditawarkan termasuklah kos memasak dan juga perkhidmatan restoran itu sendiri. Jadi korang sudah boleh mengagak harga yang patut dibayar ye.
Patik pun terdetik untuk menyelidik samada apa yang patik rasa ini digunapakai di restoran makanan laut tersebut atau bagaimana.
Nak tahu apa dapatan patik? Jom teruskan bacaan korang.
Patik telah memilih 2 ekor ketam dimana setiap satunya berlainan saiz iaitu saiz XXL (anggaran berat 800 g) dan juga saiz XXXL (anggaran berat 900 g). Setiap satunya patik meminta mereka menyediakan dengan berlainan masakan. Lebih kurang 30 minit, hidangan yang patik minta telah pun siap.
Masanya hidangan dibawa pulang.
Setibanya dirumah, patik telah melakukan eksperimen timbangan untuk memastikan adakah anggaran timbangan yang diberitahu tadi masih sama atau sebaliknya.
SHELL OUT
Restoran pertama yang menjadi bahan penyelidikan patik adalah Restoran Shell Out yang terletak di Dataran Sunway Damansara PJ.![]() |
Ketam Nipah bersaiz XXXL |
![]() |
Ketam Nipah bersaiz XXL |
Masanya hidangan dibawa pulang.
Setibanya dirumah, patik telah melakukan eksperimen timbangan untuk memastikan adakah anggaran timbangan yang diberitahu tadi masih sama atau sebaliknya.
![]() |
Timbangan selepas dimasak |
Sos dan sambal yang melekat-lekat pada badan ketam telah patik bersihkan dahulu dan patik mulakan timbangan. Memang terdapat pengurangan dimana ketam nipah saiz XXL telah berkurang sebanyak +-390 g manakala ketam nipah saiz XXXL berkurang sebanyak +-350 g.
THE CRAB FACTORY
Untuk restoran kedua pula, patik telah mencuba singgah ke The Crab Factory yang terletak di SS2 Petaling Jaya.
Masih menggunakan teknik yang sama. 2 ekor ketam nipah bersaiz L (anggaran berat 600 g) dan ketam nipah bersaiz XL (anggaran berat 700 g). Setiap satunya dimasak dengan berlainan cara masakan.
![]() |
Ketam Nipah bersaiz L |
![]() |
Ketam nipah bersaiz XL |
Sampai dirumah, patik telah mengasingkan sos dan sambal pada badan ketam nipah tersebut dan memulakan timbangan. Betul, memang pengurangan memang berlaku. Ketam nipah saiz L telah berkurang sebanyak +-100 g dan ketam nipah saiz XL berkurangan sebanyak +-120 g.

Secara keseluruhan, korang boleh lihat perbezaan cengkerang ketam daripada 2 restoran yang sempat patik selidik. Berlainan saiz dan juga berlain berat. Apa yang boleh patik jelaskan, saiz bagi seekor ketam tidak boleh dilihat kepada bentuknya sahaja. Kadang kala yang kecil itu boleh menjadi lebih berat daripada yang bersaiz besar dan begitu sebaliknya.

Secara keseluruhan, korang boleh lihat perbezaan cengkerang ketam daripada 2 restoran yang sempat patik selidik. Berlainan saiz dan juga berlain berat. Apa yang boleh patik jelaskan, saiz bagi seekor ketam tidak boleh dilihat kepada bentuknya sahaja. Kadang kala yang kecil itu boleh menjadi lebih berat daripada yang bersaiz besar dan begitu sebaliknya.
![]() |
Ketam nipah berlainan saiz |
RUMUSAN KEPADA PENGGEMAR KETAM
Apa yang boleh patik rumuskan adalah, lumrah ketam yang masih segar mempunyai timbangan yang lebih berat berbanding selepas dimasak. Ini mungkin berlaku beberapa kemungkinan.- Pengurangan berlaku semasa pembersihan bahagian dalam / kotoran sebelum memasak
- Kandungan air yang banyak didalam ketam tersebut
- Cengkerang perlu diketuk (akan pecah) pada bahagian sepit bagi memudahkan semasa menikmati hidangan
Apa pun patik percaya semua rakan pembaca faham akan konsep 'pengecutan' yang berlaku sebelum dan selepas memasak kan? Jadi fikirkanlah.
OMG! Orang gila seafood confirm bertambah gila bila nampak ni!
ReplyDeletemerechik tengok ketam ni
ReplyDelete