MENU SEDAP MASAKAN MELAYU DI RESTORAN SRI BAYU PERDANA JOHOR BHARU

MENU SEDAP MASAKAN MELAYU DI RESTORAN SRI BAYU PERDANA JOHOR BHARU


MENU SEDAP MASAKAN MELAYU DI RESTORAN SRI BAYU PERDANA JOHOR BHARU | Patik yakin korang yang jenis tekak melayu ni mesti akan mencari menu masakan sedap melayu sekiranya melancong didalam Malaysia bukan?

Haaaa sekiranya korang datang ke Johor Bharu jemputlah datang ke Restoran Sri Bayu Perdana yang terletak di Larkin Perdana ni haaa. 

Khabarnya restoran ini agak terkenal bagi mereka dari Singapura yang datang masuk untuk je Johor Bharu pasti akan singgah ke restoran ini menikmati masakan asli melayu. 

MENU YANG DISEDIAKAN DI RESTORAN SRI BAYU PERDANA

Pelbagai jenis menu yang ditawarkan di Restoran Sri Bayu Perdana
Pelbagai jenis menu yang ditawarkan di Restoran Sri Bayu Perdana 
Pelbagai jenis ulaman
Tidak Johor kalau tiada tempeh dan tauhu cicah sambal kicap pedas
Tidak Johor kalau tiada tempeh dan tauhu cicah sambal kicap pedas
Pelbagai jenis kuih muih juga disediakan untuk pengunjung
Pelbagai jenis kuih muih juga disediakan untuk pengunjung
Untuk makluman semua, menu yang ditawarkan di Restoran Dri Bayu Perdana ini berjumlah lebih kurang 70 jenis lauk setiap hari. Boleh dikatakan menu sebanyak itu akan habis selepas tamat waktu tengahari. 

Korang boleh bayangkan betapa sedapnikmat tak terkata masakan yang dihidangkan disini? Semasa patik sampai dalam jam 3 petang, banyak menu yang telah habis tetapi masih ramai yang datang untuk menikmati makan tengahari disini. 

Menikmati juadah di Retoran Sri Bayu Perdana
Menikmati juadah di Retoran Sri Bayu Perdana
Sempena bulan ramadhan nanti, Restoran Sri Bayu Perdana akan beroperasi bermula 2.30 petang sehingga 9.00 malam. Orang ramai boleh datang untuk membeli lauk pauk atau terus makan sendiri di restoran. Seperti biasa menu yang ditawarkan adalah menu makanan melayu dan juga kuih muih melayu.

MENU SEDAP MASAKAN MELAYU DI RESTORAN SRI BAYU PERDANA JOHOR BHARU

Terima kasih kepada pihak Restoran Sri Bayu Perdana kerana sudi menerima kehadiran kami yang ramai dan menikmati hidangan makan tengahri disini. 

Bagi mereka yang ingin merasai menu sedap masakan melayu, korang boleh datang kesini. 


Restoran Seri Bayu Perdana
No 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, 
Larkin Perdana,
80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN