PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN
PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN | Sebenarnya patik selalu mendengar nama Hotel Klana Resort Seremban daripada rakan sekerja yang selalu membuat kursus disini. Akhrinya patik diberi peluang untuk merasai pengalmaan untuk menginap disini bersama rakan Projek Travel.
Untuk pengetahuan semua, Hotel Klana Resort Seremban adalah hotel yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi urusan kewangan diantara agensi kerajaan mudah dilalukan disini.
RUANG LOBI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN
Melangkah masuk diruangan lobi Hotel Klana Resort Seremban ini memberi suatu pengalaman baru dan juga keselesaan dimana korang akan nampak sekeliling yang sangat semulajadi.
![]() |
Lobi yang berdinding kaca memberi kepuasan pengunjung melihat keadaan luar hotel |
Dinding kaca disekeliling ruangan lobi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat kolam mandi yang sangat besar di Seremban.
![]() |
Cafe kecil untuk keselesaan pengunjung |
Bagi pengunjung yang sedang menunggu masa untuk check-in, ruangan santai dan cafe ini boleh dijadikan ruang santai menunggu. Sambil-sambil tunggu, bolehlah korang membasahkan tekak sambil berborak kosong.
Yang seronok bila korang berurusan dikaunter adalah korang akan dilayan dengan staf yang sangat nesra dan memakai pakaian tradisi minangkabau. Sangat unik. Staf perempuan akan memakai aksesori dikepala dan yang lelaki akan menggunakan pakaian orang kampung siap dengan ikat kepala. Memang beridentiti sungguh mereka.
![]() |
Konsep minangkabau turut diselitkan didalam dekorasi hotel |
Dekorasi minangkabau yang diterapkan didalam Hotel Klana Resort Seremban memberi kesan tradisi sedikit sebanyak kepada hotel ini. Identiti kepada Negeri Sembilan Darul Khusus.
![]() |
Congkak yang paling besar dipamerkan |
Congkak yang sangat besar turut dipamaerkan dan pengunjung boleh menggunakan congkak tersebut untuk bermain. Sebenarnya patik pun sudah lama tidak bermain congkak. Jadi, inilah masa untuk mengasah bakat menyongkak.
KOLAM RENANG TERBESAR DI SEREMBAN
![]() |
Kolam renang yang berkonsepkan taman tema |
Kolam renang yang paling besar di Seremban ini berkonsepkan taman tema memang sesuai kepada pengunjung yang berkeluarga. Patik yakin anak-anak mesti gembira dengan kemudahan seperti ini. Bukan sahaja anak-anak, yang dewasa boleh turut serta dengan keseronokan ini.
![]() |
Air pancut didalam kolam renang Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Pemandangan kolam daripada bilik Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Kegembiraan anak-anak bermain kolam renang |
Haaa macam mana korang rasa dengan kemudahan di hotel ini? Bagi patik, patik sangat-sangat berpuas hati dengan kemudian di Hotel Klana Resort Seremban. Sesuai untuk semua.
BILIK MESYUARAT YANG SANGAT KONDUSIF
![]() |
Susun atur didalam bilik mesyuarat |
Bagi pengunjung yang mememerlukan khidmat ruang mesyuarat, Hotel Klana Resort Seremban juga menyediakan ruang mesyuarat yang berkapasiti yang boleh diberitahu.
![]() |
Susunan meja mesyuarat di Hotel Klana Resort Seremban |
Memang lengkap segala kemudahan disini dengan ruang mesyuarat, dewan aktiviti dan sebagainya. Memang berbaloi untuk melakukan aktiviti didalam satu hotel.
BILIK PENGINAPAN UNTUK PENGUNJUNG
Bagi mereka yang datang menginap di Hotel Klana Resort Seremban ini, korang boleh memilih 4 jenis bilik yang disediakan seperti Superior Room, Garden Wing Room, Executive ROom dand Preseidential Suite.
SUPERIOR ROOM
![]() |
Dekorasi di bilik Superior Room Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Ruang kamar di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban |
EXECUTIVE ROOM
![]() |
Ruang kamar di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Bilik mandi yang sangat selesa di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban |
PRESIDENTIAL SUITE
![]() |
Ruang makan di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Dekorasi di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban yang mewah |
![]() |
Ruang santai di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Ruang tamu di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Keadaan bilik air yang sangat eksklusif di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban |
GARDEN WING ROOM
![]() |
Keadaan bilik Garden Wing Room, Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Dekorasi yang menarik untuk bilik di Hotel Klana Resort Seremban |
![]() |
Hotel Klana Resort Seremban |
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di Hotel Klana Resort Seremban ini, korang boleh mendapatkan segala informasi dan juga maklumat dimaklumat berikut:
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : (606) 766 7888
Fax : (606) 766 7999
Email:
info@klana-resort.com.my
reservations@klana-resort.com.my
![]() |
Bersama wakil daripada Hotel Klana Resort Seremban |
Apa pun patik dan rakan Projek Travel ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan sepanjang berada di Hotel Klana Resort Seremban ini. Semoga kerjasama ini akan kekal selepas ini.
Comments
Post a Comment