BUFFET RAMADHAN BERKONSEP WARUNG HANYA DI PUSPANITAPURI DE' SRI ENDON PUTRAJAYA

BUFFET RAMADHAN BERKONSEP WARUNG HANYA DI PUSPANITAPURI DE' SRI ENDON PUTRAJAYA


BUFFET RAMADHAN BERKONSEP WARUNG HANYA DI PUSPANITAPURI DE' SRI ENDON PUTRAJAYA | Mencari lokasi berbuka puasa di sekitar Putrajaya? Ni haaa patik cadangkan korang datang dan rasai pengalaman berbuka puasa di Dewan Puspanitapuri De' Sri Endon yang terletak di Presint 10 Putrajaya.

Dewan Puspanitapuri De' Sri Endon Putrajaya
Dewan Puspanitapuri De' Sri Endon Putrajaya
Melangkah masuk ke ruang lobi, korang akan diperlihatkan gambar isteri-isteri pak mentari sebagai dekorasi dinding. Kelihatan gambar Tun Hasmah, Datin Seri Hendon dan Datin Seri Rosmah yang sangat meletop dikala ini. Hehehe. Kesemua lukisan ini dipamerkan untuk tatapan umum.

Dewan Puspanitapuri De' Sri Endon Putrajaya

Itu baru dekat lobinya dengan pelbagai dekoasi menarik. Bila patik melangkah masuk kedalam dewannya, haaaa agak teruja dengan keluasan dewan tersebut. Patik agak-agak pengunjung yang boleh datang didalam suatu masa lebih kurang 1000 orang.

Dewan yang serba indah dan selesa
Dewan yang serba indah dan selesa
Teringat patik dengan dekorasi ini seperti berada didewan ballroom tari menari dengan lampu chandelier dan dekorasi lain yang kelihatan sangat mewah. Pendek kata apa yang diperembahkan Dewan Puspanitapuri De' Sri Endon Putrajaya ini menang sangat selesa untuk pengunjung.

MENU MAKANAN MELAYU DI PUTRAJAYA

Menarik di  Dewan Puspanitapuri De' Dri Endon Putrajaya ni, menu makanan melayu cuba diterapkan didalam persembahan buffet ramadhan kali ini di Putrajaya seperti masak lemak ketam, masak lemak nangka, ayam masak merah,  masak lemak telur itik, masak merah daging tetel, rendang ayam, sotong masak dan bermacam lagi.

Menu masakan melayu
Menu masakan melayu
Menu yang ditawarkan disini adalah kebanyakkan makanan melayu yang patik pasti korang akan menyukainya,

KONSEP WARUNG DI PUSPANITAPURI DE' SRI ENDON PUTRAJAYA

Menariknya disini adalah konsep warung atau booth-booth kecil diterapkan disini. Bila korang masuk didalam dewan korang akan melihat pelbagai jenis gerai seperti gerai kek-kek dan manisan, gerai ABC, gerai minuman, gerai lemang dan ketupat serta banyak lagi.

Gerai kek dan pastri
Gerai kek dan pastri
Kek dan pastri
Kek dan pastri
Gerai salad
Gerai salad
Gerai ketupat, lemang dan rendang
Gerai ketupat, lemang dan rendang
Kaunter minuman
Kaunter minuman
Minuman yang berwarna warni
Minuman yang berwarna warni
Bila dijengah kebahagian luar Dewan Puspanitapuri De' Dri Endon Putrajaya ni haaa korang akan dapati banyak lagi gerai seperti gerai sup, gerai kari, nasi arab, ayam golek, apam balik, gerai satay dan banyak lagi. 

Pelbagai jenis sup
Pelbagai jenis sup
Kambing Kuzi
Kambing Kuzi
Nasi Mandy
Nasi Mandy
Gerai Apam Balik
Gerai Apam Balik
Gerai satay
Gerai satay
Ayam golek
Ayam golek
Nahhh banyak ke tidak menu yang disediakan di Dewan Puspanitapuri De' Dri Endon Putrajaya ni haa. Pendek kata semuanya ada disini.


Bagi mereka yang mencari buffet di sekitar Putrajaya, korang boleh datang ke Dewan Puspanitapuri De' Dri Endon Putrajaya dan rasai sendiri pengalaman berbuka puasa disini.

Dewan Puspanitapuri De' Dri Endon Putrajaya
Persiaran Seri Perdana, 
Presint 10, Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Harga buffet:
RM72.00  Dewasa
RM38.00 Kanak-kanak

Telefon:
03-7843 0590

Website:

Email:
azampandan2010@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR