BUFFET RAMADHAN DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES SERI KEMBANGAN


BUFFET RAMADHAN DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES SERI KEMBANGAN | Bagi mereka yang tercari-cari lokasi untuk berbuka bersama rakan pejabat, keluarga aau rakan terdekat, ni patik ingin berkongsi dengan korang semua lokasi untuk berbuka di Hotel palace of the Golden Horses Seri Kembangan

Restoran Carousel International Coffeehouse yang terletak di Hotel Palace of the Golden Horses menjadi lokasi patik untuk menikmati buffet ramadhan untuk kali ini.

DEKORASI MEWAH DI RESTORAN CAROUSEL INTERNATIONAL COFFEEHOUSE

Bila melangkah masuk ke Restoran Carousel International Coffeehouse ini, mood mewah itu secara automatik akan menyelinap masuk kedalam diri korang semua. Masakan tidak kerana kesemua dekorasi yang tersusun direstoran ini sudah menggambarkan Hotel Palace of the Golden Horses itu sendiri. Korang saksikan gambaran yang sempat patik kongsikan. 




Cantik bukan susun atur didalam Restoran Carousel International Coffeehouse ini. Semua perabut menggnakan konsep inggeris yang serba putih dan ditambah dengan susunan patung kuda yang menggambarkan mercu tanda hotel ini. 

Patik rasa setiap inci restoran ini memang cantik untuk diabadikan didalam gambar. Betapa obsesnye patik bila melihat keindahan seperti ini. 

MENU RAMADHAN BUFFET DI HOTEL PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Bertemakan "Selera Malaysia", Hotel Palace of the Golden Horses menyediakan seleki makanan daripada 14 negeri. Bermula dengan pencuci mulut, makanan utama lauk pauk dan manisan yang terdiri daripada pelbagai jenis kuih dan manisan. 

Seleksi menu pencuci mulut
Seleksi menu pencuci mulut
Pelbagai jenis kerabu
ABC
Hidangan buah-buahan
Hidangan buah-buahan
Pelbagai jenis kurma menjadi pilhan pengunjung
Pelbagai jenis kuih muih melayu
Pelbagai jenis kuih muih melayu
Menu yang mewakili negeri masing-masing adalah seperti Laksa Johor (Johor), Ikan Pekasam (Kedah), Ayam Percik (Kelantan), Laksa Nyonya (Melaka), Pulut Kuning dengan Sambal Ikan Bilis (Negeri Sembilan), 

Menu lain seperti Belimbing Buluh dengan Budu (Pahang), Salad Limau Bali dengan Mangga (Perak), Pulut Mangga Bersantan (Perlis), Penang Char Kuey Teow (Penang), Hinava (Sabah), Laksa Sarawak (Sarawak), sup gear-box (Selangor) dan keropok lekor (Terengganu) turut disediakan. 

Pelbagai jenis menu berasaskan mee
Pelbagai jenis menu berasaskan mee
Laksa
Laksa
Selain itu, hidangan yang menjadi tarikan semua orang adalah Kambing Golek atau Kambing Bakar. Kebiasaan hotel akan menjadikan menu kambing ini sebagai bahan tarikan. Begitu juga dengan Hotel Palace of the Golden Horses yang menyediakan menu kambing dan juga menu barat lain untuk santapan pengunjung. 

Kambing panggang
Kambing panggang
Kambing panggang
Kambing panggang
Ayam panggang
Ayam panggang
Untuk mereka yang ingin menikmati buffet ramadhan di Palace of the Golden Horses ni, korang boleh datang dan nikmatinya sehingga 3hb Julai 2016.

BUFFET RAMADHAN DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES SERI KEMBANGAN

Sekiranya korang ingin mencuba berbuka puasa disini, apa kata korang gunakan informasi yang patik berikan untuk kemudahan korang semua. 

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor

Harga buffet:
RM138 nett untuk dewasa
RM69 nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Telefon :
+603 8946 4888

Website: 
www.palaceofthegoldenhorses.com.my


Comments

  1. meletopsnya tempat dia. dah macam ala2 dalam taman firdausi je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN