
FELDA D'SAJI ASMARA PENCHALA MENYEDIAKAN MENU MELAYU UNTUK BERBUKA PUASA | Saban tahun
Felda D'Saji Asmara Penchala menjadi lokasi berbuka puasa bagi patik dan juga rakan-rakan lain.
Melangkah masuk ke dalam
Felda D'Saji Asmara Penchala, korang akan dimerasakan seperti berada di Bali kerana persekitaran yang dibina didalam restoran ini,
 |
Gazebo untuk tetamu berkumpulan |
 |
Gazebo untuk pasangan yang datang |
 |
Dekorasi yang indah di Asmara Penchala |
Selain gazebo yang sangat cantik, Felda D'Saji Asmara Penchala juga menyediakan ruangan terbuka yang berdekorasi indah untuk para tetamu.
 |
Dekorasi indah untuk para tetamu |
Ruangan terbuka ini boleh memuatkan lebih kurang seramai 400 orang. Kapasiti seramai ini memberikan Felda D'Saji Asmara Penchala memberikan ruang yang lebih selesa.
 |
Ruangan terbuka yang selesa untuk tetamu |
 |
Ruangan terbuka yang selesa untuk tetamu |
Selain ruang yang berkosnepkan gazebo Bali dan juga ruangan terbuka untuk tetamu, ruangan berhawa dingin juga disediakan untuk mereka yang memilih keadaan yang lebih selesa. Konsep disini adalah siapa cepat membuat tempahan diruangan ini, mereka akan dapat keselesaan yang lebih.
 |
Ruangan berhawa dingin di Felda D'Saji Asmara Penchala |
 |
Ruangan berhawa dingin di Felda D'Saji Asmara Penchala |
 |
Ruangan berhawa dingin di Felda D'Saji Asmara Penchala |
Bila sebut je
Felda D'Saji, patik yakin korang akan teringat dengan perkhidmatan katering yang mereka lakukan. Makanan daripada mereka juga tidak usah dipertikaikan dengan kesedapannya.
 |
Pelbagai jenis menu melayu |
Untuk edisi kali ini
Felda D'Saji Asmara Penchala menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang berkonsepkan Masakan Melayu dimana korang boleh lihat masakan seperti masak lemak daging, sambal udang, asam pedas dan sebagainya disaji untuk tetamu.
 |
Goreng pisang dan cucuk kodok |
 |
Rojak pasembor |
 |
Pelbagai jenis mee dan bee hoon |
Lebih daripada 100 jenis hidangan yang dihidangkan bermula dengan menu pembuka selera, lauk-lauk utama dan juga pelbagai jenis kudapan seperti gorengan cucur, manisan dan juga pencuci mulut lain.
 |
Kambing golek turut disediakan |
Seperti lokasi-lokasi lain, kambing panggang menjadi antara menu pilihan orang ramai dan
Felda D'Saji Asmara Penchala turut menyediakan kambing golek untuk santapan tetamu.
 |
Rojak buah dan juga pelbagai jenis kuih melayu |
 |
Pelbagai jenis sup untuk dicicah dengan roti |
 |
Manisan ABC dan juga ais krim |
 |
Air panas turut disediakan |
Untuk pengetahuan korang,
ASMARA PENCHALA sedang buat promosi ramadan buffet mereka di
Groupon. Kalau korang nak jimat, boleh la terjah (
www.groupon.my) sekarang.
(9 Jun 2016 – 1 Julai 2016)
Buffet untuk 1 orang RM55 berbanding RM69
(9 Jun 2016 – 1 Julai 2016)
Buffet untuk 2 orang RM100 berbanding RM138
Bagi korang yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa disini, korang boleh gunakan informasi yang patik berikan ini sebagai rujukan.
FELDA S'SAJI ASMARA PENCHALA
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur
Google Map Direction:
Email:
Tel No :
03-26988302 / 016-212 7952
Comments
Post a Comment