MENU BERBUKA PUASA DI CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
MENU BERBUKA PUASA DI HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR | Berkonepkan "ala-ala kampung", Hotel Concorde Kuala Lumpur akan menyajikan buffet berbuka puasa untuk para pengunjung yang akan berbuka puasa disini.
Untuk pembuka selera yang berkosnepkan "ala-ala kampung" ini, mereka menyediakan pelbagai jenis kerabu yang boleh patik kelaskan sebagai "tekak kampung" kerana kesemuanya nampak memang bercirikan menu kerabu kampung.
Untuk pembuka selera yang berkosnepkan "ala-ala kampung" ini, mereka menyediakan pelbagai jenis kerabu yang boleh patik kelaskan sebagai "tekak kampung" kerana kesemuanya nampak memang bercirikan menu kerabu kampung.
![]() |
Pelbagai jenis kerabu yang disediakan di Concorde Hotel Kuala Lumpur |
Untuk menu utama selain pelbagai jenis masakan kampung, Hotel Concorde Kuala Lumpur menyediakan kambing panggang dan nasi yang akan ditukar setiap hari seperti nasi tomato, nasi arab, nasi briyani dan nasi jagung yang mana kesemuanya memang sesuai dimakan dengan kambing panggang ini.
![]() |
Kambing panggang bersama nasi tomato |
![]() |
Kambing panggang bersama nasi tomato |
Seperti yang patik beritahu tadi, konsep mereka yang "ala-ala kampung" ini akan dapat korang lihat melalui masakan lauk yang dihidangkan.
![]() |
Menu masakan kampung di Concored Kuala Lumpur |
![]() |
Menu masakan kampung di Concored Kuala Lumpur |
![]() |
Menu masakan kampung di Concored Kuala Lumpur |
![]() |
Menu masakan kampung di Concored Kuala Lumpur |
![]() |
Pelbagai jenis kuih muih melayu |
Selain kuih muih melayu, bagi mereka yang inginkan suasana barat, pelbagai jenis roti juga disediakan di Concorde Hotel Kuala Lumpur beserta dengan pelbagai jenis sup yang memang sedap.
![]() |
Pelbagai jensi roti yang disediakn untuk pilihan tetamu |
Bagi mereka yang bercadang untuk berbuka disini, Concorde Hotel Kuala Lumpur sedia menerima anda semua dengan ruangan makan yang sangat selesa dan akan diselang selikan dengan persembahan band akustik yang akan memaikan lagu-lagu atas permintaan anda semua.
![]() |
Suasana ruangan makan untuk tetamu |
![]() |
Suasana ruangan makan untuk tetamu |
Sambil makan, korang dapat berhibur dengan persembahan yang patik pasti korang akan terpukau dengan alunan suara dan juga persembahan alat muzik mereka yang dimainkan secara live. Memang berbaloi.
![]() |
Staf Concorde Hotel Kuala Lumpur yang akan menrima kalian semua |
Harga Bufet Ala-ala Kampung :
RM148 bersih seorang
Masa :
7.00 malam - 10.30 malam
Diskaun istimewa 15% :
6hb - 12hb Jun & 3 hb - 5hb Julai 2016
Bufet Supper (Jumaat & Sabtu) : RM80 bersih seorang
Masa : 11.00 malam - 5.00 pagi
Untuk tempahan ataupun sebarang pertanyaan, korang boleh menghubungi Melting Pot di talian 03 -2717 2233
Comments
Post a Comment