PENCARIAN WAJAH JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM MERIAH


PENCARIAN WAJAH JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM MERIAH | Bertempat di Tingkat 3 SACC Shah Alam, pencarian wajah Jameela Street telah berlangsung dengan meriah sekali dimana seramai 29 orang peserta telah mengambil bahagian bagi memenangi hadiah yang khabarnya begitu lumayan sehingga RM10,000 dan sekaligus menjadi wajah bagi Jameela Street SACC Mall Shah Alam ini. 



Untuk makluman semua, Jameela Street telah dibina didalam SACC Mall Shah Alam yang berlokasi di tingkat 2 dan 3 SACC Mall Shah Alam dimana 2 tingkat ini terletaknya sebanyak 26 buah vendor yang menjual pakaian yang berkonsepkan muslimah.


Bersempana bulan Ramadan dan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi, patik rasa, Jameela Street SACC MAll Shah Alam akan menjadi lokasi strategik bagi orang ramai untuk mencari pakaian baru bagi menyambut lebaran. 


Bagi sesi Pencarian Wajah Jameela Street ini, meraka yang terdiri daripada pelbagai latar ini telah diuji dengan pelbagai jenis soalan. 

Selain peragaan pakaian di lalauan runway, mereka juga turut dinilai daripada segi kepetahan berbicara dimana untuk menjadi seorang icon yang baik, sesorang itu harus mempunyai kepetahan berbicara agar orang yang melihat boleh menjadi "percaya" dengan apa yang disampaiakan.

Juri profesional Pencarian Wajah Jameela Street
Juri profesional Pencarian Wajah Jameela Street
Sesi perkenalan diri
Sesi perkenalan diri
Ujian peragaan pakaian daripada butik di Jameel Street
Ujian kepetahan menjawab soalan
Antara peserta yang menyertai Pencarian Wajah Jameela Street SACC Mall Shah Alam
Antara peserta yang menyertai Pencarian Wajah Jameela Street SACC Mall Shah Alam
PENCARIAN WAJAH JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM MERIAH

Selain daripada juri profesional yang memberi soalan, para blogger yang dijemput juga berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada peserta Pencarian Wajah Jameela Street. Patik juga berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada peserta yang patik rasa "gemar" dengan penampilannya. 

Sesi soal jawab peringat akhir
Sesi soal jawab peringat akhir
Soalan patik adalah menjurus kepada pandangan sesorang model dimana sekiranya tiada tempat untuk menukar pakaian, apa yang harius dilakukan. Kalau mereka yang sudah biasa patik yakin mereka akan menjawab dengan jayanya. 

Selepas melalui bebrapa peringkat ujian, akhirnya seramai 12 orang telah disenarai pendek sebelum melalui ujian seterusnya dan akhirnya hanya seorang yang akan bergelar Wajah Jameela Street SACC Mall Shah Alam.

12 peserta yang berjaya ke peringat akhir Pencarian Wajah Jameela Street SACC Mall Shah Alam
12 peserta yang berjaya ke peringat akhir Pencarian Wajah Jameela Street SACC Mall Shah Alam

Bagi mereka yang mencari dimana Jameela Street berada, ini patik berikan informasinya. 

JAMEELA STREET 
Tingkat 2 dan 3, SACC Mall Shah Alam
43300 Shah Alam
Selangor

Instagram:

Facebook:


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA PASCA COVID 19 (PART 1)