PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 LOKASI PENGINAPAN SI KAKI TRAVEL
PLAZA PREMIUM LOUNGE KLIA2 LOKASI PENGINAPAN SI KAKI TRAVEL | Bagi sikaki travel korang sudah boleh menjadikan Plaza Premium Lounge (PPL) sebagai lokasi transit anda untuk melelapkan mata, bersihkan diri, mandi manda atau berehat sebentar sebelum berlepas ke destinasi lain.
Dulu kalau patik nak terbang seawal pagi atau tiba lewat malam, kebiasaanya patik dan rakan lain akan menjadikan restoran makanan segera sebagai tempat melelapkan mata atau pun tepi-tepi laluan sebagi tempat berehat sebelum terbang pada keesokan harinya atau pulang kerumah keesokan harinya. Agak sedih bukan? Huhuhu.
![]() |
Plaza Premium Lounge (PPL) KLIA2 |
Jadi, tempoh hari patik telah berpeluang untuk merasai pengalaman untuk menginap dan juga bersantai di Plaza Premium Lounge (PPL) yang terletak di Tingkat 2M KLIA2 ini. Kalau korang ternampak papan tanda ni, korang boleh cari dimana letaknya Plaza Premium Lounge (PPL) ini.
Peta menuju ke Plaza Premium Lounge (PPL) |
Semua sedia maklum yang KLIA2 adalah sebuah lapangan terbang yang berkonsepkan lapangan terbang didalam pusat membeli belah dimana banyak restoran dan juga kedai-kedai daripada pelbagai jenama menjual disini.
Jadi korang akan seronok dengan KLIA2 kerana sambil-sambil nak terbang jauh, korang masih berpeluang untuk cuci-cuci mata sambil membeli belah.
KEISTIMEWAAN PLAZA PREMIUM LOUNGE
Keistimewaan Plaza Premium Lounge (PPL) adalah terletak kepada konsep yang mereka sampaikan. Mereka mengenengahkan konsep ekslusif dimana segala disediakan disini boleh dipilih oleh orang ramai seperti pakej menginap, pakej bersihkan diri dan juga pakej bersantai di lounge mereka.
PAKEJ LOUNGE
Bagi mereka yang memilih untuk bersantai dengan mengambil Pakej Lounge, korang jangan risau kerana boleh dikatakan agak lengkap apa yang korang nak. Makanan dan minuman yang tanpa henti terhidang diatas para-para dan juga ruangan tempat duduk yang selesa yang memberikan kemudahan untuk melelapkan mata barang sejam dua.
![]() |
Ruang Lounge untuk mereka yang ingin bersantai sambil menunggu penerbangan. |
![]() |
Internet yang berkelajuan tinggi di Plaza Premium Lounge (PPL) KLIA2 |
![]() |
Makanan yang disediakan adalah berkonsepkan 24 jam |
Selain itu, internet berkelajuan tinggi disediakan disini. Jadi korang tak akan rasa bosan sepanjang bersantai disini. Ini adalah senarai harga bagi mereka yang ingin menggunakan Lounge, Plaza Premium Lounge (PPL) KLIA2
Harga bagi penggunaan Lounge, Plaza Premium Lounge KLIA2
- 2 hours RM 168
- 5 hours RM 238
- 10 hours RM 258
- 5 hours RM 238
- 10 hours RM 258
PAKEJ SHOWER
Selain pakej bersantai di Lounge, pakej untuk mandi dan membersihkan diri juga disediakan disini. Mungkin ianya sesuai bagi mereka yang memerlukan privacy berbanding mandi didalam tandas awam.
![]() |
Keadaan bilik mandian yang begitu ekslusif |
Harga bagi penggunaan pakej shower di Plaza Premium Lounge KLIA2
- 30 minit RM32
PAKEJ PENGINAPAN
Di Plaza Premium Lounge (PPL) KLIA2, mereka menyediakan 4 jenis bilik yang bersesuaian dengan si pengembara itu seperti bilik jenis Studio, Single, Traveller dan juga Family. Jadi korang boleh pilih yang mana sesuai untuk korang menginap.
TRAVELLER ROOM
![]() |
Bilik jenis traveller |
Kiranya korang ibarat telah "membeli" kesemua 4 katil.
Harga bagi bilik jenis Traveller di Plaza Premium Lounge KLIA2
- 5 jam RM568
SINGLE ROOM
![]() |
Single room di Plaza Premium Lounge |
Bagi mereka yang gemar mengembara solo, bilik ini sesuai untuk anda. Bilik yang ringkas tapi cukup dengan segala keperliuan astas sebuah bilik dan disertakan bilik mandi didalam bilik tersebut.
Harga bagi bilik jenis Single di Plaza Premium Lounge KLIA2
- 3 hours RM 238
- 5 hours RM 258
- 10 hours RM 278
FAMILY SUITE
![]() |
Bilik jenis Family Suite |
Bagi mereka yang datang berkonsepkan keluarga, bilik ini memang sesua untuk anda semua. Bilik yang luas bolhe menampung seramai 4 atau 5 orang bagi 1 bilik.
Harga bagi bilik jenis Family di Plaza Premium Lounge KLIA2
- 5 hours RM568
STUDIO ROOM
Bilik jenis Studio Room |
Bilik jenis Studio ini sangat sesuai bagi korang yang datang untuk berehat bersama seorang lagi rakannya.
Harga bagi bilik jenis Family di Plaza Premium Lounge KLIA2
- 5 jam RM358
Masa untuk berlepas pulang. Semoga perjalanan kami semua dipermudahkan dan bukan disusahkan. Terima kasih kepada Plaza Premium Lounge (PPL) KLIA2 atas penginapan yang sangat menyeronokkan.
Comments
Post a Comment