JOM SERTAI HARI NBOS 2016
JOM SERTAI HARI NBOS 2016 | Korang tiada cadangan utnuk kemana-mana sepanjang 14-20 Ogos 2016? Apa kata korang luangkan masa untuk hadir ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kerana disana akan diadakan pelbagai aktiviti sempena Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
Untuk menambah kemeriahan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan beberapa pempamer yang bagi patik pasti korang tidak akan lepaskan peluang ke booth pameran mereka. Mereka adalah NSU, CODING, VIP, UTC, BR1M, MINDEF, MOHA, KPDNKK, MDEC, MOHR, MAGIC, KPKT, 1M4U, KPWKM, BIOTECH, KPM, JPA, PP1M, PR1MA, KPT, MOTAC, MOH serta MOA, Setiap daripada mereka akan memberikan sesuatu yang terbaik untuk korang semua.
Selain booth pameran yang dianggotai oleh agensi kerajaan ini, aktiviti lain juga disediakan untuk pengunjung pada program tersebut. Antaranya CODING bootcamp untuk kanak-kanak sekolah renda dan menengah, Kem Keusahawanan 1MEt (terbuka kepada orang awam), NBOS Run & Ride (larian etc), Pameran inisiatif-inisiatif NBOS, F1 Simulatir by Petronas dan aktiviti menarik oleh FIT Malaysia.
Yang bestnya terdapat persembahan istimewa dari artis-artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra, Caliph Busker, Ronnie Hussin, Drama Band, Ippo Hafiz, 6ixth Sense, Sakura Band, One Nation Emcee, Khai Bahar, Dafi, Alif Satar, Tasha Manshahar, Aman Nassim, Zarul, Mark Adam, Encik Mimpi, Haiza, Sarah FAzny, Shiela Abdul, Putera Mentor Legend, Ewal AF, Zariff AF, Sazrin dan Aina Abdul yang patik pasti korang pasti akan meluangkan masa untuk melayan lagu-lagu mereka.
![]() |
By Fauzi Aryaan |
![]() |
Projek Travel |
Jadi apa tunggu lagi, lock tarikh anda semua pada 14-20 Ogos 2016 untuk sama-sama ke PICC dan turut serta bagi Hari NBOS 2016. Yang best, label patik By Fauzi Aryaan dan juga produk dari Projek Travel akan beroperasi sebagai butik vendor disana. Nantikan pada 14-20 Ogos 2016 nanti.
Comments
Post a Comment