KEINDAHAN KEPULAUAN MERSING JOHOR SETANDING MALDIVES
KEINDAHAN KEPULAUAN MERSING JOHOR SETANDING MALDIVES | Bila sebut Mersing, Johor patik yakin korang akan membayangkan keindahan Pulau Tioman yang sangat cantik untuk kita bercuti.
Tapi adakah korang tahu lokasi yang diberi nama Mersing, Johor terdapat banyak pulau-pulau rahsia yang masih belum orang terokai dan menjadikan sebuah lokasi percutian yang menarik. Pulau yang yang akan cuba patik ceritakan ini adalah KEPULAUAN MERSING !!
KEPULAUAN MERSING
Patik yakin korang pernah mendengar pulau yang telah menjadi viral dimedia sosial iaitu Pulau Rawa. Benar, Pulau Rawa memang terletak didalam kepulauan Mersing. Sebenarnya masih banyak lagi pulau-pulau yang cantik yang boleh korang terokai di sini selain Pulau Rawa.
Untuk penerokaan patik dan rakan blogger lain, kami telah dibawa oleh Oh Jalan menyusuri ke beberapa pulau yang tergolong didalam Kepulauan Mersing. Pulau yang masih belum diketahui oleh orang ramai.
Kami selamat tiba di Mersing, Johor sekiktar jam 5.30 pagi dan kami sempat menunaikan solat subuh di Masjid Jamek Bandar Mersing dan kemudian kami bersarapan pagi sebelum bergerak ke Jeti Mersing.
Jeti Mersing ini adalah menjadi lokasi permulaan pengembaraan kebeberapa pulau yang masih "dara" yang belum dikunjungi oleh orang ramai.
Jom ikuti patik & Oh Jalan melihat keindahan Kepulauan Mersing yang masih segar !!
PULAU HARIMAU
Perjalanan dari Jeti Mersing ke pulau pertama iaitu Pulau Harimau mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki bot laju.
Sepanjang perjalanan hati patik terdetik berkata "betul ke pulau-pulau di Mersing ni cantik-cantik seperti yang digembar-gemburkan orang?"
Setibanya kami dilokasi pertama iaitu Pulau Harimau, patik bagai tergamam. Pulau ini sangat cantik dan sangat unik. Kebiasaanya sebuah pulau akan diselaputi pokok yang besar dan sedikit semak, tetapi bagi Pulau Harimau korang akan melihat sebuah pulau yang diselaputi tompok-tompok rerumput renek yang memang unik dan cantik.

Ditambah pula dengan kejernihan air yang sangat mengkagumkan. Patik rasa bagai nak terpitam dengan keindahan dan kejernihan airnya.
Untuk pengetahuan korang, Pulau Harimau telah digezetkan oleh Kerajaan Johor sebagai pulau larangan untuk orang ramai masuk. Jadi kami hanya sekadar mengambil gambar sebagai kenangan.
PULAU GUAL
Destinasi kedua adalah Pulau Gual. Pulau Gual juga telah menjadi kawasan larangan orang ramai untuk melalukan sebarang aktiviti seperti snorkeling, mandi manda mahu pun berhenti sekejap. Hanya dibenarkan untuk menyusuri sambil mengambil gambar.

Kesemua undang-undang ini hendaklah dipatuhi oleh semua pengusaha bot dan ianya demi menjaga kesucian pulau tersebut untuk tatapan genrasi akan datang.
PULAU MENSIRIP
Pulau Mensirip juga adalah pulau yang dikawal oleh kerajaan Negeri Johor dari sebarang aktiviti snorkeling, menyelam dan apa jua aktiviti.
Uniknya pulau ini adalah pada kisahnya dimana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar pada tahun 2015. Simbolik perasmian adalah baginda telah menyelam sejauh kedalam 8 meter dan meletekkan replika mahkota kedasar laut.
PULAU HUJUNG
Seterusnya pengembaraan kami diteruskan kepulau seterusnya iaitu Pulau Hujung. Pulau Hujung bagi patik adalah antara pulau yang tercantik yang pernah patik lawati.
Sebenarnya banyak gambar yang patik ingin kongsikan dengan korang sebabnya Pulau Hujung ni terlalu cantik untuk dirakam sebagai bahan kenangan.
Korang lihatlah kejernihan dan kecantikan pulau ini. Memang tak tahu patik nak ceritakan. Ianya memang sangat-sangat cantik.
Kebiasaan pulau yang patik pernah pergi, dimana kita singgah, disitulah ramai manusia akan ada. Tapi di Pulau Hujung ini, korang dapat merasakan hanya korang saja yang datang kesini tanpa sebarang gangguan orang ramai. Ibarat pulau ini korang yang punya !! Hehehee.
PULAU TENGAH
Sama seperti Pulau Hujung, Pulau Tengah ssebuah pulau yang masih lagi tidak dikenali oleh orang ramai. Walaupun masih tidak didatangi orang ramai, keindahan Pulau Tengah memang tiada tolok bandingnya.
Di Pulau Tengah ni korang boleh melakukan sebarang aktiviti termasuklah snorkeling dan sebagainya. Tapi patik mengambil peluang untuk bersantai sambil mandi manda dan merakam gambar-gambar kenangan.
Patik tidak tahu nak jelaskan bagaimana cantiknya pulau ini. Korang haris datang sendiri dan rasai bagaimana patik sudah rasai. Jangan lupa untuk membawa sebarang prop untuk mencantikkan lagi gambar korang yee. Hehehehe
PULAU BESAR
Pulau Besar adalah lokasi terakhir untuk pengembaraan patik, rakan blogger dan juga Oh Jalan. Di Pulau Besar ini adalah pulau yang didiami oleh penduduk kampung.
Kiranya kemudahan disini lengkap dengan jeti sendiri dan juga lengkap dengan kemudahan chelet untuk orang ramai duduki.

Patik suka dengan persekitaran disini. Berbanding pulau-pulau lain, disini boleh patik kategorikan sebagai lokasi yang "hidup". Seperti biasa dekat sini kita boleh lakukan aktiviti seperti mandi-manda, snorkeling dan aktiviti pantai lain.
Secara keseluruhan, patik sangat berpuas hati dengan pengembaraan patik walaupun seharian untuk ke enam-enam pulau dimana 3 pulau yang tidak boleh dilawati (Pulau Harimau, Pulau Gual & Pulau Mensirip) tetapi boleh diabadikan dalam bentuk gambar dan juga 3 pulau lain (Pulau Hujung, Pulau Tengah & Pulau Besar) yang boleh kita rasai pengalaman itu sendiri.
PAKEJ KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman seperti patik, ini ada sedikit informasi yang boleh korang gunakan untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Oh Jalan.
Pakej A [Day Trip]
RM168 / dewasa
RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)
Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
- Bot 'chartered' khas
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling
Pakej B [2H1M]
RM228 / dewasa
RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)
Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
- Bot 'chartered' khas
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling
- 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing
OH JALAN
Telefon:
016-772 4594
Email:
sales@ohjalan.com
Facebook:
Instagram:
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENAJA
Penggembaraan patik dan rakan blogger bersama Oh Jalan tidak akan berjaya sekiranya tidak sokongan daripada para penaja yang begitu komited didalam membantu kelancaran program ini. Ribuan terima kasih kepada mereka semua atas sumbangan yang diberikan.
TERIMA KASIH
KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040
Facebook: https://www.facebook.com/KLezCar/
Web: http://www.klezcar.com
Emel: fuad@klezcar.com
HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535
Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my
RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam
PRINT D TEE STUDIO
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 014-514 1022
Facebook: https://www.facebook.com/PrintDteeStudio
Emel: printdtee@gmail.com
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)
Comments
Post a Comment