PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLETTE MACH 3 MERIAH

PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLETTE MACH 3 MERIAH


PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLATTE MACH 3 MERIAH | Tempoh hari patik telah berpeluang ke pelancaran pencukur terbaru daripada Gillette iaitu Gillette Mach 3 berlokasi di Talent Lounge Damansara

Untuk sesi pelancaran ini khabarnya Gillette telah mengeluarkan produk pencukur terbaru yang terbaik untuk para lelaki diluar sana.

Great Shave. Great Skin
Great Shave. Great Skin
Lumrah bagi manusia, seperti wanita yang ingin berpenampilan menarik dikhalayak ramai, lelaki kini juga tidak kurang hebatnya.

Mereka ingin kelihatan kemas rupa paras tidak kira dari segi penggayaan rambut, pakaian malahan rerambut diwajah juga amat dititk beratkan. Haaa korang nampak lelaki hari ini sudah bijak dalam berpenampilan.

Gillette Mach 3
Gillette Mach 3
Untuk itu, Gillette dengan bangganya memperkenalkan produk terbaru daripada mereka iaitu Gillette Mach 3 yang terbaru untuk para lelaki diluar sana. 

Pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad telah dilantik menjadi jurucakap bagi Gillette Mach 3. Semasa majlis pelancaran tersebut, banyak yang patik belajar didalam penggunaan pencukur daripada Gillette Mach 3 ini. 

Fahrin Ahmad sebagai jurucakap Gillette Mach 3
Fahrin Ahmad sebagai jurucakap Gillette Mach 3
Jujurnya patik seorang yang main belasah bila menggunakan pencukur. Kadangkala sekiranya tiada cukup masa, pencukur jenis pakai buang akan patik gunakan sebagai pelengkap patik dalam berpenampilan. 

Cukuran terbaik daripada Gillette Mach 3
Cukuran terbaik daripada Gillette Mach 3
Rupanya banyak yang patik dengar sekiranya kita silap menggunakan pencukur antaranya masalah kulit radang dan cukuran yang tidak rapi.

Selain memberi penerangan pengalaman bersama Gillette Mach 3, Fahrin Ahmad juga ada membuat demonstrasi bercukur dengan Gillette Mach 3 ini. 

Demonstrasi bercukur bersama Fahrin Ahmad
Demonstrasi bercukur bersama Fahrin Ahmad
Patik dan rakan pengunjung telah dipilih oleh penganjur untuk merasai pengalaman menggunakan pencukur terbaru daripada Gillette ini.

Apa yang patik boleh bagitahu adalah penggunaan pencukur Gillette Mach 3 ini memang akan memberikan suatu pengalaman yang luar biasa. Patik yang dahulunya menggunakan pencukur pakai buang biasa, kini akan setia menggunakan produk Gillette Mach 3 didalam penampilan harian patik.


Permainan "wishper challange" meneka perkataan berkaitan Gillette Mach 3
Permainan "wishper challange" meneka perkataan berkaitan Gillette Mach 3
Selain penerangan tentang penggunaan pencukur yang hebat dari Gillette Mach 3 ini, majlis dimeriahkan dengan permainan "whisper challenge" dimana salah seorang daripada pemain cuba meneka apa yang disebut dalam keadaan yang tidak kita dengar. Memang agak lawak dengan perkataan yang terkeluar hasil daripada cubaan meneka itu. 

PELANCARAN PENCUKUR TERBARU GILLETTE MACH 3 MERIAH

Patik percaya lelaki kini sudah bijak dalam berpenampilan. Sesibuk mana kegiatan harian, cukuran yang terbaik akan memberi respon positif dan boleh meningkatkan rasa confident kita seharian. 

Apa pun majlis pelancaran ini adalah sebagai pengenalan kepada orang ramai tentang kewujudan produk yang baik dipasaran untuk anda semua kaum lelaki. 

Fahrin Ahmad bersama pihak orang kuat Gillette Mach 3
Fahrin Ahmad bersama pihak orang kuat Gillette Mach 3
Bagi mereka yang ingin memiliki Gillette Mach 3 ini, korang sudah boleh dapatkan produk ini dipasaran pada harga yang sangat rasional. Patik sudah dapat, anda bila lagi ?!!


Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput patik ke majlis ini dan menjadikan patik sebagai salah seorang yang mencuba Gillette Mach 3 bersama Fahrin Ahmad secara langsung majlis tersebut.

Kredit foto: www.benashaari.com , www.lancareno.com

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN