PENGECAS TELEFON KERETA DARI INNERGIE SANGAT MEMBANTU DIWAKTU KECEMASAN
PENGECAS TELEFON KERETA DARI INNERGIE SANGAT MEMBANTU DIWAKTU KECEMASAN | Sebagai seorang pengamal sosial media dan juga blogger nombor 1 Malaysia, kehabisan bateri semasa majlis adalah sesuatu yang sangat menyusahkan.
Kehidupan akan lebih mudah sekiranya ada alat pengecas telefon kereta yang cepat dan selamat digunakan. Jadi dengan itu, patik perkenalkan dekat korang alat pengecas telefon yang boleh digunakan didalam kereta yang semestinya selamat dan cepat kuasa pengesasannya.
KEISTIMEWAAN PENGECAS TELEFON INNERGIE
Kenapa patik begitu senang dengan pengecas LifeHub Plus daripada Innergie ini? Ini kerana rangkaian produk dibawah label Innergie ini telah dilancarkan pada tahun 2008.
Kini Innergie merupakan produk utama Delta telah berjaya menembusi pasaran dunia dan menguasai hub urus dan penjimatan kuasa peralatan elektronik global. Ia dipunyai oleh Smart Green Life di dalam Delta.
Korang boleh tengok saiz LifeHub Plus bila patik letakkan diatas tapak tangan patik. Sangat mesra alam dan juga mesra pengguna.
Kebiasaannya peralatan mengecas akan datang hanya dengan 1 port. Tetapi dengan LifeHub Plus ianya khas didatangkan dengan 3 USB port dan ditambah pula dengan 1 USB port tambahan pada pengecas yang disambung pada kereta kita menjadi kesemuanya 4 USB port.
KUASA PENGECASAN YANG PANTAS
Seperti patik yang berkejar masa kesana kemari, kepantasan kuasa mengecas amatlah patik titik bertakan. Apa tidaknya, kalau masa mengecas mengambil masa yang lama, mood kita sudah tentu akan lari kan. Hahaha
Satu lagi yang patik puji adalah kuasa yang diberikan adalah sekata iaitu sebanya 2.4 A untuk setiap port dan ianya amat cepat berbanding alat penegcas seperti power bank yang memberikan kuasa pengecasan minimum 1.5 A dan maksimum 2.1 A.
Jadi kesimpulannya, perbandingan LifeHub Plus dan jga power bank adalah kuasa pengecasan LifeHub Plus lebih tinggi berbanding power bank dengan 2.4 A berbanding power bank 2.1 A.
KESELAMATAN YANG TERJAMIN
Bila kita menggunakan sebarang alat pengecas, keselamatan alatan itu sangat penting. Seperti yang patik ceritakan tadi, pengecas ini mampu mengecas 3 telefon didalam suatu masa dengan memberi kuasa yang sangat tinggi sebanyak 2.4 A.
Cip yang dicipta didalam LifeHub Plus ini mampu mengesan jumlah tenaga yang diperlukan setiap peralatan dan mengawal kuasa pengecasan masuk ke setiap peralatan tersebut.
Produk Innergie ini juga dijamin selamat kerana dilengkapi dengan Innergie's InnerShield Protection Technology. Teknologi terbaru ini mampu mengelakkan berlakunya lebihan kuasa pada peralatan, over charging dan litar pintas. Hebat bukan !!
WARANTI JAMINAN 3 TAHUN
Setiap kali korang mula mengecas, lampu biru akan muncul menadakan proses pengecasan sedang dilakukan. Memang menarik pengecas ni.
Dengan kehebatan ini, semua produk dibawah rangkaian Innergie diberi jaminan selama 3 tahun dimana jaminan ini selamat dan sangat mesra pengguna.
Bagi korang yang ingin mendapatkan pengecas telefon kereta ini, korang boleh terus ke Harvy Norman, Lazada atau mana-mana retailer yang sah atau korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:
Facebook:
Telefon:
016-5559321
Comments
Post a Comment