CUKURAN HEBAT DENGAN GILLETTE MACH 3 TERBAHARU
CUKURAN HEBAT DENGAN GILLETTE MACH 3 TERBAHARU | Sebagai seorang lelaki yang mempunyai rerambut wajah yang perlu dirapikan, patik sangat mementingkan jenis pencukur yang selesa supaya hasil cukuran akan kelihatan kemas dan masalah kulit hasil daripada cukuran dapat dielakkan.
Bila nak keluar tu patik akan pastikan misai dan sedikit janggut patik akan diberi sentuhan cukuran supaya bila keluar tu patik akan rasa confident dengan penampilan patik. Untuk lebih senang patik selalu menggunakan pencukur biasa jenis pakai buang kerana 'mungkin' dianggap lebih murah.
Tempoh hari patik sempat menyinggah farmasi untuk mencari barangan keperluan patik seperti spray rambut, pewangi badan dan sebagainya dan patik ternampak produk terbaharu daripada Gillette ini. Patik ingin mencuba apa kehebatan yang akan diberikan oleh Gillette Mach 3 kepada patik.
Tempoh hari patik sempat menyinggah farmasi untuk mencari barangan keperluan patik seperti spray rambut, pewangi badan dan sebagainya dan patik ternampak produk terbaharu daripada Gillette ini. Patik ingin mencuba apa kehebatan yang akan diberikan oleh Gillette Mach 3 kepada patik.
Kenapa patik memilih Gillette Mach 3 terbaharu ini? Gillette Mach3 baharu sekarang datang dengan bilah pencukur yang lebih tajam and jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran and kulit yang hebat berbanding pencukur pakai buang biasa. Selain it, terdapat beberapa faktor yang patik sendiri selesa dengan kehebatannya.
PEMEGANG GETAH YANG SELESA
Sesuatu yang membuatkan patik begitu selesa dengan Gillette Mach 3 ini adalah pemegang getah yang selesa. Seperti biasa sekiranya patik ingin bercukur, selalunya akan melibatkan buih pencukur dan juga air dan ianya akan menyebabkan licin sekiranya menggunakan pencukur biasa.
Tetapi dengan pencukur Gillette Mach 3 ini, ianya akan memberi cengkaman yang maximum kepada sesiapa yang memegangnya.
![]() |
Pemegang getah yang selesa |
Pemegang getah yang begitu selesa & sedap untuk digenggam dan memudahkan kerja bercukur patik. Kiranya memang sedap dan selamat bila patik melakukan proses cukuran didalam bilik mandi.
3 BILAH PISAU BERBANDING 2 BILAH PISAU YANG BIASA
Dengan memberikan 3 bilah pisau, bilahan ini boleh membantu melakukan cukuran sehingga akar rerambut. Bilah pertama mampu menarik rerambut keluar daripada "rumahnya" untuk membenarkan dua bilah pencukur lain mencukur sehingga keakarnya.
![]() |
3 bilah pisau yang memberikan cukuran kemas |
Jadi kekerapan bercukur akan dapat dikurangkan dengan menggunakan pencukur dari Gillette Mach 3 ini. Selain itu bilahan pisau tersebut mampu kekal tajam sehingga cukuran kali ke sepuluh. Haaaa korang boleh bayangkan betapa jimat kan?!!
BILAH YANG BERSAMBUNG DENGAN SPRING
Bagi patik kestimewaan Gillette Mach 3 adalah pada keselesaan spring yang bersambung pada bilah. Bila korang menggunakan pisau cukur daripada Gillette Mach 3 ini, korang dapat merasai pengalaman bercukur yang seronok tanpa sakit kerana dengan adanya spring ini, bahagian lekuk-lekuk pada wajah boleh disentuh oleh pisau cukur ini.
![]() |
Bilah pangsa yang bersambung dengan spring memberikan keselesaan |
Jadi dengan kebaikan pencukur seperti ini, korang boleh merasai pengalaman bercukur dengan seronok tanpa stress sekiranya korang dalam keadaan tergesa-gesa untuk melakukan urusan luar.
BINAAN PANGSI TERBUKA UNTUK TUJUAN PEMBERSIHAN CUKURAN
Selalunya sekiranya patik menggunakan pencukur biasa, lebihian cukuran akan tersekat didalam pencukur tersebut dan patik perlu mengetuk-ngetuknya supaya lebihan tersekat akan keluar.
Tetapi dengan Gillette Mach 3 ini, korang akan dapati semua lebihan cukuran akan terkeluar daripada binaan pangsi yang terbuka.
![]() |
Binaan pangsi terbuka untuk tujuan memudahkan pembersihan |
Jadi tiada masalah tersekat rerambut selepas ini kerana korang hanya perlu melalukan dibawah air dan lebihan itu akan keluar bersama air melalui binaan pangsi yang terbuka. Hebat bukan Gillette Mach 3 ini?!!

Dengan Gillette Mach 3 ini, patik tidak terfikir untuk berubah kepencukur yang biasa lagi kerana segalanya yang diberikan oleh Gillette Mach 3 adalah yang terbaik untuk kulit dan cukuran patik.
Jadi, untuk mendapatkan cukuran yang baik, pisau cukur yang baik penting untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik. Dapatkan Gillette Mach 3 terbaharu disemua cawangan jualan utama hari ini !!!
Bagi mereka yang inginkan informasi berkenaan Gillette Mach 3 terbaharu ini, korang boleh dapatkannya seperti berikut:
Facebook:
Website:
Pencukur pon tak nak kalah.. box dia lawa.hehe
ReplyDelete