5 SEBAB PEMENTASAN FANTASY RAIN FOREST DI PICC PUTRAJAYA MEMANG TERBAIK


5 SEBAB PEMENTASAN FANTASY RAIN FOREST DI PICC PUTRAJAYA MEMANG TERBAIK | Persembahan teater muzikal Fantasy Rain Forest yang sedang berlangsung di PICC, Putrajaya sehingga 2019 nanti menyaksikan pelbagai elemen didalam sebuah persembahan.

Patik telah sekali lagi meluangkan masa bersama rakan blogger lain melihat persembahan ini sempena Hari NBOS 2016 tempoh hari. Kenapa patik terasa untuk menonton sekali lagi pementasan ini.

Selain daripada persembahan yang berwarna-warni, patik sangat suka akan bentuk persembahan yang mereka tonjolkan. Bagai berada disebuah pentas hebat yang berprestij.

#1 TARIAN

Sepanjang persembahan, korang akan melihat pelbagai bentuk persembahan tarian dari pelbagai etnik. Gerak geri tarian yang mereka pamerkan menggambarkan ekosistem didalam hutan hujan tropika di Malaysia.






Secara keseluruhan korang akan berfantasi seperti berada didalam sebuah persembahan di Istana Budaya. Memang berwarna-warna dan sangat hebat.

#2 AKROBATIK

Keunikkan Fantasy Rain Forest ini bukan saja persembahan yang berwarna-warni, malahan persembahan akrobatik yang sangat meliuk lentok. Patik rasa seriau dengan segala pergerakkan yang mereka hasilkan.





Nampak tak bagaimana keseimbangan dan liuk lentok pemain akrobatik ini. Yang patik dengar mereka ini adalah jemputan khas daripada luar. Hanya yang terbaik yang mampu melakukan gerakan tersebut.

#3 LAKONAN

Mengisahkan seorang pemburu yang menceroboh hutan simpan, Hutan Hujan Tropika Malaysia untuk meragut keindahan tersebut demi kepentingan beliau sendiri.


Pemburuannya akhirnya memakan diri sendiri apabila perangkap dan juga apa jua yang ingin dilakukan telah dipatahkan oleh penghuni Hutan Hujan Tropika itu sendiri.



Akhirnya pemburu tersebut menyesal dengan apa yang telah dilakukan terhadap ekosistem didalam Hutan Hujan Tropika di Malaysia.

#4 PERSEMBAHAN SILAP MATA

Selain persembahan yang menarik dan memukau, korang akan disajikan dengan persembahan silap mata yang telah disusun dengan begitu menarik sekali. 




Sambil korang tengok penceritaan tersebut, korang akan dihidangkan dengan keunikkan dan kepantasan korang ditipu adegan silap mata.

#5 PERMAINAN BERSAMA PENONTON

Yang lebih menarik, persembahan ini akan mendekat korang dengan pemain teater ini. Untuk kali ini, rakan patik teklah dijemput untuk menjadi salah seorang yang akan terlibat didalam permainan ini.



Permainan interaktif ini bukan sahaja mendekatkan penonton dengan pemain pentas, tetapi boleh menarik perhatian penonton untuk turut serta berhibur sekali. Memang menghiburkan. 

Secara keseluruhan, patik rasakan persembahan ini adalah persembahan yang memang cukup sifat dengan persembahan tarian, lakonan, permainan bersama penonton, efek pencahyaan dan juga persembahan, semuanya terbaik dan patik bertuah menjadi salah seorang penonton didalam dewan ini.


Untuk pengetahuan korang, persembahan ini akan berlansung sehingga 2019 dimana persembahan ini akan berlangsung 2 kali sehari iaitu padajam 2.00 petang dan 6.00 petang setiap hari di Dewan A Putrajaya International Convention Centre, PICC.




Bagi korang yang ingin menonton sama Fantasy Rain Forest, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik sediakan ini yee.

FANTASY RAIN FOREST
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Presint 5, Putrajaya

Masa persembahan:
2 petang & 6.00 petang SETIAP HARI

Tiket:
RM200 (VIP), RM120 (Biasa), RM60 (Kanak-kanak)



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN