AMNA HOME KUALA LUMPUR: HOMESTAY BERKONSEP MEWAH DI IBU KOTA PADA HARGA BERPATUTAN



AMNA HOME KUALA LUMPUR: HOMESTAY BERKONSEP MEWAH DI IBU KOTA PADA HARGA BERPATUTAN | Bila kita jenis yang asyik bercuti diluar Kuala Lumpur dan jarang sekali berpeluang untuk merasai pengalaman bercuti di sekitar Kuala Lumpur menjadikan patik dan beberapa rakan blogger Projek Travel lain mengambil keputusan untuk meluangkan masa sama-sama memandangkan kami pun jarang bersama berkumpul.

Kalau dah dekat tu rasanya tak perlu untuk berlama-lamaan memadai dengan percutian singkat 2 hari 1 malam. Jadi kami bercadang untuk mencari homestay yang berbaloi untuk kami menginap. Cari punya cari, kami terjumpa Amna Home yang dikatakan homestay berkonsep mewah pada harga yang berpatutan. 

Harga yang ditawarkan adalah sama dengan harga rumah teres yang berhampiran dengan rumah patik serendah RM220 untuk 1 malam. Hmmm agak berbaloi. Jom kita tengok berbaloi ke tidak. Hehehe


The Face Suites, Kuala Lumpur yang berketinggian 51 tingkat ini terletaknya lot-lot homestay milik Amna Home yang boleh patik kategorikan sebagai mewah. 



Sebelum memasuki rumah yang telah kami tempah, kami perlu menunggu diruang lobi menunggu ini. Sekali tengok mak oiii mewahnya. Ruang lobi seakan-akan sebuah hotel. Baru patik tahu yang bangunan The Face Suites Kuala Lumpur ni mempunyai hotel tersendiri dan ada yang membeli unit rumah disini. Patutlah ruang lobi tu patik nampak staf yang bekerja seperti dihotel-hotel lain di Kuala Lumpur.

Kami telah menempah homestay jenis 1 katil memandangkan kami bertiga yang semestinya sangat muat untuk sebuah homestay.

Bila kami melangkah, patik bagaikan rasa nak terpengsan sebab apa yang patik gambarkan adalah melebihi yang diberikan. Rumah yang berkonsepkan studio house yang serba lengkap dengan semua kelengkapan.







Ruang tamu yang berdekorasi ringkas tapi mewah ini cukup lengkap dengan tv dan siaran astro untuk pengunjung yang menggunakan perkhidmatan homestay ini. Kiranya sambil menonton boleh laa berborak sakan dengan rakan-rakan lain.

1 yang menarik adalah homestay ini sangat besar yang boleh memuatkan mungkin 5 atau 6 orang. Korang juga boleh membawa peralatan tidur sendiri ianya memang cukup luas.


Selalu patik hanya mendengar rumah yang berkonsepkan studio dimana rumah korang bila kita bukak pintu terus ternampak katil ala-ala bilik hotel. Lepas masuk ke unit ini barulah patik faham maksud unit jenis studio.


Untuk pengetahuan korang, bilik kami ini diasingkan dengan 1 pintu meluncur dan sekiranya korang menariknya tutup, ianya menjadi sebuah bilik kecil. Kalau tidak, katil korang akan terus nampak ruangan tv dan sofa untuk berantai. 


Yang uniknya berkenaan unit homestay Amna Home ini adalah kerana terdapat ruangan almari baju yang bercantum dengan ruangan bilik mandi. Jujur patik tidak pernah merasai pengalaman berada disebuah homestay yang berkonsepkan mewah seperti ini.



Bila memasuki ruang bilik mandi pula, patik bagai teruja kerana 100% ruangan ini diselaputi dengan jubin kilat dan ruangan ini sangat besar bagaikan sebuah bilik menginap. Memang terbaik !!



Kebetulan unit yang kami menginap ini berada pada kedudukan tingkat 48, korang boleh merasai melihat bangunan lain pada kedudukan yang tinggi. Dengan ruangan santai seperti ini, lagi laa patik teruja untuk lepak santai diruangan ini sambil melihat keindahan Kuala Lumpur. 

Untuk pengetahuan korang yang menginap disini, korang akan diberikan kad akses yang hanya dapat melepasi lobi, unit kediaman korang dan juga tingkat 51 dimana kolam mandi berkosnepkan "infiniti pool" yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai datang menginap di The Face Suites ini. Jadi bab keselamatan disini sangat dititikberatkan. 



Keunikan 'infiniti pool' di sini adalah ianya terleak ditengah-tengah antara Menara Kuala Lumpur dan juga KLCC. Korang pasti teruja dengan pemandangan dari tingkat 51 ini dimana korang akan melihat 2 mercu tanda Malaysia ini didepan mata. 


Bagi korang yang ingin merasai pengalaman menginap di homestay Amna Home Kuala Lumpur ini, korang boleh kelokasi berikut atau dapatkan informasi dibawah ini. 


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR