PUSINGAN AKHIR SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016 MENYAKSIKAN 6 SELEBRITI MEREBUT GELARAN JUARA
PUSINGAN AKHIR SUPER SPONTAN SUPERSTAR MENYAKSIKAN 6 SELEBRITI MEREBUT GELARAN JUARA | Minggu lepas sempena pusingan separuh akhir, patik dan beberapa rakan blogger telah dijemput untuk menyaksikan Super Spontan Superstar 2016 yang berlangsung di Dewan Percubaan UPM Serdang bagi menyaksikan pertembangan diantara Harimau Hipster dan Monyet Mafia.
Sebenarnya ini adalah pertama kali patik melihat secara langsung didepan mata. Selalunya patik akan bersama keluarga lepak depan TV sambil bergelak ketawa dengan telatah yang mereka tontonkan.
Untuk pengetahuan korang, Super Spontan Superstar 2016 ini menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.
Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.
Untuk minggu ni patik bertuah kerana jaguh wira dan wirawati Paralimpik Rio 2016 yang memenangi pingat turut hadir memeriahkan program ni. Terasa sangat berbangga bila dapat bersua muka dengan mereka.
Sebelum bersiaran langsung, kumpulan yang kalah pada minggu sebelumnya akan dikenakan denda. Untuk kali ini, dendanya adalah mencabut bulu kaki. Memang lawak dengan telatah mereka diatas pentas.
Tepat jam 10.00 mlm, siaran langsung bermula. Patik tidak sangka kerana Dewan Percubaan UPM Serdang ini telah bertukar menjadi lokasi produksi kerana dewan ini menjadi kebiasaan patik melakukan aktivit universiti memandangkan patik memang bertugas di sini. Agak mengkagumkan. Hahaha.
Sebelum bersiaran langsung, kumpulan yang kalah pada minggu sebelumnya akan dikenakan denda. Untuk kali ini, dendanya adalah mencabut bulu kaki. Memang lawak dengan telatah mereka diatas pentas.
Tepat jam 10.00 mlm, siaran langsung bermula. Patik tidak sangka kerana Dewan Percubaan UPM Serdang ini telah bertukar menjadi lokasi produksi kerana dewan ini menjadi kebiasaan patik melakukan aktivit universiti memandangkan patik memang bertugas di sini. Agak mengkagumkan. Hahaha.
![]() |
Cabran Berdiri Bongkok & Duduk |
![]() |
Cabaran Keluar Masuk |
Kemeriahan didewan tersebut lebih meriah dengan kehadiran kelab penyokong daripada selebriti yang bertanding. Dengan hiruk pikuk tersebut patik pun sempat menjerit sekali. Huuuhaiii ~
![]() |
Kelab Penyokong Selebriti |
Di akhir program, Fad dari kumpulan Harimau Hipster telah dianugerahkan imuniti dimana beliau layak untuk menyelamatkan seorang rakan dari kumpulan lawan dan sekaligus mara ke peringkat akhir.
Semasa berlaku penyingkiran, 2 peserta telah disingkirkan dimana Achey dan juga Altimate telah diundi keluar oleh rakan mereka dan dengan imuniti yang diberikan kepada Fad, Fad telah menyelamatkan Achey yang bagi patik ianya sudah boleh jangka dengan pemberian tersebut.
Apa pun patik ucapkan tahniah kepada 6 peserta akhir dimana dipusingan akhir, tiada lagi kumpulan untuk mereka tetapi mereka akan berentap secara persendirian. Adakah Ozlyn satu-satunya wanita didalam sejarah Super Spontan Superstar 2016 mara kepusingan akhir akan memenanginya? Nantikan.
Bagi juara Super Spontan Superstar 2016, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. Manakala Naib Juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan memenangi RM50,000 dan RM25,000. Sementara pemenang tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang wang tunai RM5,000 setiap seorang. Lumayan bukan !!
Oh yaaa sebelum patik lupa, dipusingan akhir nanti lokasi Super Spontan Superstar 2016 akan berubah ke Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian,Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,UPM Serdang dimana dewan ini akan digunakan sebagai istiadat konvokesyen UPM yang boleh memuatkan lebih daripada 1000 orang penonton.
Jadi apa tunggu lagi, tempahan tiket telah dibuka dengan HARGA RM45 sekepala.
>>TIKET SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2016<<
Jom kita sama-sama melihat secara langsung yang bagi patik lebih memberikan pengalaman yang sangat menarik.
Terhibur dgn persembahan para peserta
ReplyDelete