BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA | Sesetengah lelaki kadang kala lupa terhadap bau badan yang terhasil daripada aktiviti harian kita. Bau badan yang terhasil sedikit sebanyak akan mengganggu orang sekeliling kita dan akhirnya akan menyumbang kepada ketidakselesaan orang sekeliling dengan kita.

Seperti abang yang kerjanya banyak berjumpa dengan orang ramai ditempat kerja mahu pun apabila menghadiri jemputan majlis memerlukan abang bersedia dengan keadaan yang selesa.

Maksud 'selesa' bagi abang adalah terhadap haruman abang akan segar sehingga petang dan memberikan keselesaan pada orang yang bersama dengan abang. Itu lagi penting.

CARA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Sebenarnya abang beruntung kerana abang sering menghadiri kursus penampilan diri yang diadakan di tempat kerja abang dan ianya sangat membantu patik lebih-lebih lagi dalam pengendalian bauan diri dan juga penampilan keseluruhannya.

Sedikit sebanyak abang boleh kongsikan bersama pembaca blog abang dan mungkin akan boleh dipraktikkan oleh orang ramai. Berikut adalah sedikit informasi yang patik praktikkan dan mungkin berguna untuk korang semua.

GUNAKAN SEMBURAN TERUS PADA BADAN

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Semburan terus pada pakaian adalah tidak bagus kerana lama kelamaan fabrik pada pakaian akan menjadi rosak dan mudah reput. Jadi abang selalunya akan menyembur pada badan terlebih dahulu sebelum mengenakan pakaian. 

Semburan terus pada badan boleh mengaktifkan molekul bau dan akan memberikan bauan harum merebak dengan mudah.

HANYA SEMBUR DAN BUKAN MENGGOSOK

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Sesetengah orang suka menggosok cecair wangian dan kemudian akan menggosok pada bahagian badan yang dirasa perlu. Perbuatan menggosok ini akan memecahkan molekul wangian dan akan memberikan bau yang tidak segar.

Selalunya abang akan membuat semburan diudara dan biarkan ianya jatuh sendiri diatas kulit badan kita. Tapi kadang-kadang abang sebur jee terus pada badan. Itu lagi mudah. Hehehe

TEMPAT YANG SESUAI PADA BADAN UNTUK SEMBURAN

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Kalau hendak penyembur wangian, tempat yang tepat akan memudahkan serakkan haruman kesekeliling kita. Kawasannya adalah:

1. Belakang telinga
2. Nadi pada sendi tangan
3. Siku
4. Ruang bawah dada
5. Celah peha
6. Belakang lutut
7. Pergelangan kaki

Tapi abang selalunya akan sembur pada belakang telinga, dada, sendi lengan. Kiranya bahagian pada bahagian badan sahaja. 

LEMBAPKAN KULIT SEBELUM MEMBUAT SEMBURAN

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Untuk mengekalkan wangian tahan lebih lama, selalunya abang akan lakukan semburan apabila selesai mandi. Keadaan kulit yang sedikit lembab sangat sesuai untuk penyerapan dan pengeringan cecair wangian pada kulit.

Bila sudah melekat dengan kulit kita dan apabilanya mula kering pada kulit badan ianya akan mudah meruap keudara dan akan memberikan wangian harum. 

SIMPAN WANGIAN DITEMPAT YANG SESUAI 

BAGAIMANA MENGEKALKAN WANGIAN PADA BADAN DENGAN LEBIH LAMA

Untuk mengelakkan wangian kita cepat rosak atau akan menghasilkan wangian yang tidak sedap, abang selalunya akan menyimpan diruangan kering dan tidak sangat didedahkan kepada cahaya matahari.

Kalau boleh carilah wangian dalam bentuk semburan dan bukan jenis roll on yang memudahkan ianya mudah untuk meruap dan akhirnya akan habis.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapatlah memberi manfaat kepada pembaca blog abang ni yaa. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN