NASI AYAM BEBOLA HALAL DI MELAKA HANYA DI RESTORAN EE JI BAN


NASI AYAM BEBOLA HALAL DI MELAKA HANYA DI RESTORAN EE JI BAN | Bila sebut jeee Melaka, patik sangat seuka akan negeri tersebut. Selain banyak lokasi sejarah yang tidak jemu dilawati, banyak lokasi makan yang sedap-sedap di Melaka. 

Apa yang masih menjadi wish list patik adalah nak merasai makan nasi ayam bebola yang heboh orang cerita. Tetapi ramai kate kebanyakkan nasi ayam bebola yang di Melaka adalah tidak halal kecuali di Restoran Ee Ji Ban yang terletak di Taman Melaka Raya tidak jauh dari Bandar Hilir Melaka.  


Tempoh hari semasa jalan-jalan patik ke Melaka bersama team Honda, patik dan rakan blogger lain dibawake restoran ini untuk merasai menu nasi ayam bebola yang HALAL.



Melangkah masuk kedalam ke Restoran Ee ji Ban Nasi Ayam Bebola, patik terkejut kerana pengunjung telah mula memenuhi restoran ini untuk makan malam. 

Restoran yang dimilik oleh seorang Cina Muslim ini menyajikan semua jenis nasi ayam biasa dan juga nasi ayam bebola beserta dengan pelbagai lauk sampingan yang sangat menyelerakan. 


Apa yang patik perasan dekorasi restoran ini banyak memaparkan keratan akhbar berkenaan pengunjung yang berpengaruh dan juga selebriti yang telah berkunjung dan merasai makanan mereka. 


Akhirnya patik berjaya merasai bagaimana rasanya nasi ayam bebola dari Restoran Ee Ji Ban Nasi Ayam Bebola ini. Rupanya seperti nasi ayan yang dimasak lembik dan kemudian dikepal menjadi bebola dan dimakan dengan menu sampingan lain seperti ayam bakar / kukus, sambal udang, sambal sotong, sup bebola ikan dan bermacam lagi. 

Patik juga sempat merasai nasi ayam mereka yang bagi patik lebih sedap dan mengenyangkan berbanding nasi ayam bebola ini. Apa pun bergantung kepada perut dan tekak masing-masing kan. Hehehee.

Bagi korang yang ingin mencari nasi ayam bebola HALAL di Melaka, korang boleh datang ke Restoran Ee Ji Ban Nasi Ayam Bebola ini dan nikmatilah dengan seronok !!


Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3, 
Taman Melaka Raya.


Comments

  1. Uihh sedap ni.. pernh cuba kat restoren mamee cheff melaka

    ReplyDelete
  2. dah try haritu makan dia nasi ayam bebola ni. sedap makan time lapar. hehe

    ReplyDelete
  3. rasanya dulu saya pernah interview owner kedai ni utk kerja kursus...hahaha...x sure btoi ke kedai nie

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR