PROGRAM CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA MERIAH DI CENTRAL MARKET


PROGRAM CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA MERIAH DI CENTRAL MARKET | Tempoh hari patik dan rakan blogger lain telah dijemput oleh pihak Nescafé Malaysia untuk sebuah program dipanggil "CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA" yang berlangsung di Central Market Kuala Lumpur



Majlis yang berlangsung dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh wakil pihak Nescafé Malaysia Cik Venessa Lim


Berkonsepkan ala-ala "Explore Race" dimana semua peserta dikehendaki mengharungi 5 cabaran untuk melengkapi cabaran ini. 

Cabaran yang berlangsung akan melibatkan kawasan sekitar Central Market dan beberapa tempat yang memerlukan kita berjalan kaki ke tempat cabaran berlangsung. 


Bersempena acara ini, pihak Nescafé Malaysia memperkenalkan dengan lebih lanjut berkenaan Nescafé Tarik  didalam tin pertama di Malaysia. 

Siapa sangka sebuah jenama antarabangsa menghasilkan Nescafé Tarik dalam tin khas untuk orang Malaysia. Lepas ni tak payah laaa tempah Nescafé Tarik kalau lepak minum diluar. Hehehe. 

CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA-MANA

Acara yang dianjurkan oleh pihak Nescafé Malaysia ini adalah sebagai kesinambungan mempromosikan minuman terbaru mereka iaitu Nescafé Tarik. Sambil mempromosi, kita berkativiti. 

Jadi aktiviti cabaran ini memerlukan semua peserta melakukan beberapa cabaran sebelum diumumkan sebagai pemenang. 

Seawal pagi patik dah set minda yang patik datang hanya untuk suka-suka kerana patik ada kisah hitam bila turut serta didalam acara ala-ala Explore Race.

Untuk aktiviti ini, patik telah berada didalam kumpulan merah. 


Tugasan pertama kami bergerak ke UTC Pudu. Disini kami hendaklah mencari orang ramai dan meminta mereka untuk mencuba minuman terbaru ini dan mengambil gambar bersama mereka sambil minum.

Pada mulanya memang susah untuk kita mendekati orang ramai kerana mereka mesti ingatkan kami ni penjual air kot. Tapi fiuhhh lega ada juga yang sudi membantu kami. YESSS !

Tugasan kedua kami adalah menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek dimana kami dikehendaki melakukan cabaran #MannequinChallange bersama-sama Nescafé Tarik didalam tin. 

Tak sangka ini adalah pengalaman patik melalukan cabaran #MannequinChallange ini bersama rakan-rakan lain. 


Cabaran ketiga kami adalah di Petaling Street dimana kami dikehendaki melakukan tarian singa dan menggunakan prop Nescafé Tarik didalam tin sebagai bahan utama dalam tarian singa kami.

Pengalaman yang patik tidak boleh lupa kerana ini adalah pertama kali patik menyarung kepala singa dan merasai betapa payah juga untuk mengendalikan kepala singa dan melakukan tarian singa. YESSS SELESAI !!


Cabaran keempat adalah kami perlu kembali ke Kasturi Walk dan mengambil gambar dan beraksi seperti seorang yang tengah menarik air. Setiap orang perlu melakukan serupa seperti didalam gambar yang diberikan. YESSS SELESAI !!


Seterusnya cabaran kelima dimana kami kena bergerak ke Clock Tower, Jalan Medan Pasar dan menggunakan prop yang ada untuk menghasilkan gamabr yang kreatif dan mengikut tema Nescafé Tarik Mana-Mana. Agak susah dengan masa yang diberikan tapi kami cuba berikan yang terbaik. 


Sebagai pengakhiran kami perlu Merchant's Lane untuk menamatkan cabaran. Untuk cabaran ini kami telah menggunakan khidmat google maps untuk mencari lokasi Merchant's Lane.

Rupanya Merchant's Lane ni adalah sebuah restoran lama yang diberi nafas baru dan menjadi restoran hipster ditengah-tengah KL.


Dihujung acara, kumpulan KUNING telah menjuarai cabaran Nescafé Tarik Mana-Mana kali ini. Tahniah buat kumpulan KUNING !!

Ini patik selitkan video daripada blogger Uncle Zuan untuk korang rasai bagaimana kami seronok dengan aktiviti yang disusun.


Apa pun patik seronok berhujung minggu dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan sambil kita belajar sesuatu yang baru dalam di Kuala Lumpur. 

Terima kasih Nescafé Malaysia atas penganjuran kativiti seperti ini dan jangan lupa untuk korang dapatkan Nescafé Tarik terbaru didalam tin dipasaran sekarang !!

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN