HIDANGAN BUFFET SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS 2016 DI RESTORAN FLAVORS SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCE
HIDANGAN BUFFET SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS 2016 DI RESTORAN FLAVORS SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCE | Malaysia ni memang bertuah kerana kita mempunyai pelbagai perayaan yang boleh disambut bersama.
Dalam masa terdekat, perayaan Krismas 2016 akan berlangsung. Bersempena datangnya sesuatu perayaan sudah pasti pelbagai jenis makanan tradisi akan keluar. Itu lumrah bila kita menyambut sebarang perayaan.
Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence yang terletak di Jalan Pudu, KL juga tidak kurang hebat dengan sambutan Krismas 2016. Sajian mereka sudah pasti fokus pada sambutan perayaan Krismas 2016.

Bila menyambut perayaan Krismas, tidak sah kalau tidak menyajikan hidangan menu berasaskan ayam turki dan korang boleh menempah ayam turki panggang ini dengan harga RM 200 bermula 1 - 31 Disember 2016.
SAJIAN BUFFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 2016
Seronoknya bila ada hidangan jenis buffet ni haaa. Kalau patik pun lebih suka hidangan jenis buffet kerana kita boleh memilih menu yang terhidang dengan gembira. Hahahaa.
Di Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence juga menyediakan buffet sempena perayaan ini. Pada harga RM98nett untuk dewasa, dan RM45nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, korang boleh menikmati pelbagai jenis menu yang dihidangkan termasuklah manisan dan kek yang cantik.
Oh yaaaa. Lupa patik nak bagitahu. Pada 24 Disember 2016 bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam, korang boleh menikmati hidangan buffet istimewa sempena sambutan malam Krismas 2016.
Sekiranya korang buat tempahan sebelum 15 Disember 2016, korang akan dapat potongan diskaun 15% pada harga RM98nett untuk dewasa, dan RM45nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Lebih jimat dan lebih bermakna bukan?
SAJIAN BUFFET HI-TEA SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 2016
Sehingga 24 Disember 2016 ini bagi korang yang ingin mengadakan mesyuarat atau sekadar lepak santai dalam masa 12.00 Tengahari sehingga 4.00 Petang, Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence turut menyediakan hidangan Hi-Tea pada harga RM88nett untuk dewasa dan RM44nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Tempahan sebelum 25 Disember 2016 untuk hidangan buffet Hi-Tea, korang layak menikmati potongan diskaun 25%. Memang berbaloi dengan diskaun semua ni haaa.
Jadi apa lagi tunggu, jom kita rasai menu untuk sambutan Krismas 2016 di Restoran Flavors Swiss-Garden Hotel & Residence dengan membuat tempahan disini.
Bagi korang yang ingin merasai sepertimana patik rasai, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik berikan ini.
Comments
Post a Comment