UJI KEHEBATAN DIRI DI BREAKOUT NU SENTRAL KUALA LUMPUR
UJI KEHEBATAN DIRI DI BREAKOUT NU SENTRAL KUALA LUMPUR | Kalau ke NU Sentral silalah berkunjung ke BREAKOUT dimana korang akan merasai suatu pengalaman yang sangat tidak boleh dilupakan.
Tempoh hari patik dan rakan-rakan blogger lain telah meluangkan masa untuk merasai pengalaman "terkurung" didalam bilik-bilik bertema yang ada di BREAKOUT. Kenapa patik kata "terkurung" sebabnya korang perlu menyelesaikan persoalan yang sangat mencabar fikiran korang sebelum korang "dilepaskan" dari bilik tersebut.
Untuk pengetahuan korang dekat sini terdapat 7 bilik "kurungan" yang boleh korang cuba iaitu The War for Rembrandt, Dreadnaught, The Testament of Tesla, Materia Medica, Terraform, The Secret of Hocus, Perpetual (bilik terbaru dari BREAKOUT).
Patik dan rakan lain telah mencuba 2 bilik iaitu The Testament of Tesla dan Perpetual.
Untuk bilik The Testament of Tesla korang kena menyelesaikan persoalan untuk mengembalikan cahaya untuk orang ramai. Ibaratnya kalau korang tak dapat nak selesaikan masalah, seluruh manusia akan kegelapan. Agak menarik bukan cabaran ini.
Untuk bilik Perpetual pula, ini adalah bilik terbaru yang direka oleh BREAKOUT untuk korang cuba. Dibilik ini korang perlu menyelesaikan tugasan untuk mencuri artifak yang disimpan oleh pemiliknya didalam bilik keselamatan.
Sebelum bermula permainan, korang akan diberi peneringan ringkas oleh staf BREAKOUT termasuklah penerangan keselamatan sebelum bermain dengan cabaran didalam bilik-bilik "kurungan"
Untuk kali ini patik berkumpulan dengan Dik Bee, Uncle Zuan, Pena Berkala dan Amir Nawawi. Masing-masing diberikan tugas yee. Bukan suka-suka mengangkang masuk dalam tu yeee adik-adik sekalian.
Semasa didalam bilik "kurungan", korang akan diberikan 45 minit untuk menyelesaikan cabaran didalam sebuah bilik sehingga korang akan keluar dari bilik kurungan tersebut. Korang dibenarkan untuk meminta klu dan 1 watak korang akan terkorban demi 1 klu.
Secara overall, bilik The Testament of Tesla dan Perpetual adalah memang susah. Memang mencabar daya kesabaran dan pemikiran kami semua.
Sekiranya korang ingin cuba merasai cabaran hebat ini, ini patik sediakan informasi untuk korang boleh rujuk. Ingat yeee, lokasinye dekat NU Sentral yeee.
Comments
Post a Comment