MEE KARI RESEPI WARISAN BONDA PERCUBAAN PERTAMA KALI

Resepi Mee Kari

MEE KARI RESEPI WARISAN BONDA PERCUBAAN PERTAMA KALI | Untuk pertama kalinya bagi permulaan tahun 2017, dan selepas arwah mak patik pergi meninggalkan kami, patik cuba mengingati bagaimana beliau pernah buat mee kari yang pernah kami rasai dahulu.

Sebenarnya menu mee kari ini adalah menu permintaan ayah patik dimana beliau tetibe teringin untuk makan mee kari. Demi tidak mengecewakan beliau, patik cuba untuk menghasilkan mee kari air tangan patik sendiri. 

Untuk kali ini, patik teringin berkongsi resepi bagaimana menghasilkan mee kari versi patik punya yang boleh patik kelaskan sebagai paling mudah dan sememangnya berkonsep bujang bila didapur. 

Bahan-bahan:

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili Blender

Ayam
Kentang
Bebola ikan
Kek Ikan (fish cake)

Garam
Gula
Asam Keping
Daun Kari
Bunga Lawang
Kayu Manis
Serbuk Kari
Santan

Timun
Sawi Celur
Telur
Cili Merah


Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia & cili blender) kedalam periuk. Masak sehingga agak garing. Bancuhkan serbuk kari dengan air panas dan masukkan kedalam periuk. Masukkan sekali daun kari, bunga lawang & kayu manis. Masak sehingga mesra kesemuanya. 
  2. Masukkan bahan basah (ayam & kentang) kedalam periuk dan tambah air secukupnya. Masak sehingga semuanya empuk. Kemudian masukkan bebola ikan dan juga fish cake.
  3. Akhiri penyediaan kuah kari dengan memasukkan santan, sedikit gula & garam serta asam keping bagi menambah rasa sedikit masam. 

Resepi Mee Kari

Untuk penyediaan, korang boleh hias mee kari korang dengan hirisan timun, cili merah, sawi yang dicelur dan sepotong telur rebus seperti gambar yang patik telah sediakan contoh.

Secara keseluruhannya patik berjaya menyediakan mee kari & respon daripada ayah patik adalah terbaik. Yeaayy patik seronok !!


S E L A M A T M E N C U B A



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR