NASI MANGGEY TERBAIK DI RESTORAN WARUNG KITA CAWANGAN BANGI

RESTORAN WARUNG KITA

NASI MANGGEY TERBAIK DI RESTORAN WARUNG KITA CAWANGAN BANGI | Sebenarnya patik ni jenis yang suka mencuba makanan baru lagi-lagi ianya kalau jarang diketahui ramai dan sedikit pelik. Hahaha

Untuk entri kali ini patik ingin berkongsi dengan korang semua lokasi yang baru patik jumpa iaitu Restoran Warung Kita yang terletak di Sungai Tangkas Bangi. Khabarnya restoran ini telah membuka banyak cawangan seperti di Klang dan Sungai Buluh dan di Bangi adalah cawangan terbaru. 

Sebenarnya restoran ini memang dekat dengan rumah patik jeee. Jadi mudahlah lepas ni mencari tempat makan sedap di sekitar Bangi

Untuk pengetahuan korang, restoran ini hanya menyediakan 3 jenis menu SAHAJA untuk korang nikmati iaitu Nasi Manggey, Nasi Lemak Ikan Tongkol, Nasi Berlauk Ikan Tongkol. Nampak kan perniagaan mereka sangat fokus dan tidak campur bermacam-macam menu lain. 

RESTORAN WARUNG KITA

Disebabkan patik datang untuk sarapan pagi, patik dan rakan patik memilih untuk menikmati menu Nasi Manggey dimana ini adalah signature mereka. 

Dihidangkan diatas daun pisang dan dengan nasi kukus panas serta ayam goreng potong kecil yang garing dan panas dan disiram denagn kuah kari menjadikan ianya sangat menyelerakan. Sangat ringkat dan ditambah nikmat dengan sambal belacan yang akan menaikkan paras kepedasan Nasi Manggey ini. Makan memang berpeluh ok !! Kira cukup rasa nikmat. 

RESTORAN WARUNG KITA

Bagi patik lokasi Restoran Warung Kita Bangi ni memang sesuai untuk korang lepak santai dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Dengan restoran yang luas dan memang boleh memuatkan ramai orang dalam suatu masa.

Kata orang kalau korang datang dalam tengahari, korang kena beratur untuk mendapatkan Nasi Manggey yang sangat digilai orang ramai.

RESTORAN WARUNG KITA

Secara keseluruhan, patik sangat suka konsep yang mereka perkenalkan iaitu menu yang ringkas dan mereka fokus dengan menu mereka yang sangat signature.

Menu makanan:
Nasi Manggey
Nasi Lemak Ikan Tongkol
Nasi Berlauk Ikan Tongkol

Menu Minuman:
Coconut Shake
Air Kelapa Baldi
ABC Oreo

Apa yang patik kongsikan ini adalah menu pilihan dan signature kepada Restoran Warung Kita ditambah dengan harga yang sangat berpatutan dan patik pasti korang akan menjadikan Restoran Warung Kita ini sebagai lokasi makan-makan pilihan korang. 

Bagi korang yang ingin mencuba menu yang sangat sederhana tapi sedap ini, korang boleh singgah ke Restoran Warung Kita Bangi yang terletak di Sungai Tangkas. Ini patik ada kongsikan maklumat yang mungkin boleh membantu korang untuk sampai kesana. 

Waze: 
Warung Kita @ Bangi

Waktu Operasi: 
7 pagi-10 malam ( setiap hari)

Infoline: 
03-8912 2526 / 014-2111197


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN