PENGALAMAN MENGINAP SECARA GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

PENGALAMAN MENGINAP SECARA GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK | Bila diberi peluang menginap secara glamping, patik pun pelik bagaimana rasanya menginap secara glamping. Glamping tu apa sebenarnya ye?

Pada mulanya patik membayangkan korang akan menginap didalam sebuah khemah yang kecil sepertu zaman sekolah dan memang "kurang" selesa. Itu adalah bayangan pertama patik.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tambun lebih kurang 2 jam 30 minit penuh dengan keseronokkan bersama kawan-kawan yang sekepala. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Selepas meninggalkan kenderaan, perjalanan kami 7 rakan blogger ini dibawa masuk dengan menggunakan buggy khas. Buggy khas ini adalah untuk mereka yang menginap secara glamping. Patik pun agak pelik, kenapa ekslusifnya mereka yang memilih penginapan secara glaming ini dilayan seperti VIP?

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Setiba dikawasan penginapan glamping ini, barulah patik tahu bagaimana rupa bentuk penginapan yang dibangunkan oleh pihak The Lost World of Tambun, Perak sebagai memberi pilihan baru kepada pengunjung yang datang kesini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Bayangan patik yang mengatakan konsep khemah kecil dan segala apa itu semuanya meleset bila mana patik melihat konsep glamping di The Lost World of Tambun Perak ini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Masih berkonsepkan khemah tetapi tetalh dinaikkan taraf kepada yang lebih selesa dan secara keseluruhan patik sangat berpuas hati dan memang selesa. Sangat unik untuk konsep yang boleh diketengahkan kepada umum.

 KEMUDAHAN PENGINAPAN BERKONSEP GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN

Untuk pengetahun korang, untuk penginapan berkonsep glamping ni, korang boleh memilih beberapa pakej yang ditawarkan disini seperti

PAKEJ A - 2 Dewasa

PAKEJ B - 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak

PAKEJ C - 2 Dewasa + (dewasa / kanak-kanak)

Untuk kali ini, geng lelaki datang berempat manakala geng perempuan datang bertiga. Jadi apa yang boleh patik bagitahu, khemah ini mampu menampung semaksima 4 orang didalam suatu masa. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Keadaan luaran yang sangat tenang dan dihias dengan konsep taman yang memang cantik. Patik pasti kehidupan malam pasti lebih cantik dengan lampu-lampu taman yang akan menyala. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

2 katil single ini disediakan untuk mereka yang datang bersama 2 rakan dewasa lain ataupun untuk 2 kanak-kanak. Walaupun berkonsep khemah, keselesaan jelas terbayang untuk keseronokkan pengunjung.  

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Katil king dan bantal yang sangat selesa seperti didalam sebuah bilik hotel disediakan untuk pengunjung beradu memang mengundang keseronokkan penginapan berkonsep glamping ini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Korang jangan sangka tidur dalam khemah ini akan merasa panas sebab didalam khemah ini disediakan kipas berdiri yang akan menambahkan keselesaan korang sepanjang berada didalam khemas walaupun disiang hari.

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Korang jangan terkejut ye sebab didalam khemas ni juga disediakan plug untuk mengecas segala alat elektronik yang korang bawa. 

Oh yaa bagi korang yang memilih untuk menginap secara glamping ni, patik nak ingatkan yang bilik air adalah terletak diluar kawasan yee. Jadi korang perlu berjalan kaki untuk ke bilik air. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Untuk lebih merasai keseronokkan penginapan berkonsepkan glamping ni, korang boleh membuat tempahan termasuk dengan makan malam BBQ yang akan disediakan oleh pihak The Lost World of Tambun Perak ini. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Nampak kan betapa selesanya berada didalam khemah glamping ini. Sangat unik dan sangat memberi pengalaman lain dari yang lain. 

KEHIDUPAN MALAM BILA MENGINAP SECARA GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN

Bila malam menjelma adalah masa yang seronok untuk bersantai dengan rakan-rakan sambil bersembang. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Sebenarnya pemandangan pada malam hari dikawasan glamping kami ini sangat cantik. Oh yaaa untuk pengtahuan korang, kawasan glamping kami ini adalah tempat yang boleh patik kelaskan sebagai kawasan peribadi. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Masa beginilah sesuai untuk kita santai lepak sampai gelak-gelak. Kawasan penginapan kami penuh dengan lampu-lampu taman yang sangat cerah.

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Oh yaaa diawal entri patik tadi patik ada beritahu berkenaan ruang mandi.Untuk pengetahuan korang yang menginap di glamping ini, ruang mandi adalah berasingan dan korang perlu berjalan kaki sedikit untuk urusan tersebut. 

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Tadaaaa tempat beradu patik untuk malam tersebut. Memang selesa dan boleh patik kategorikan sebagai hotel 5 bintang yang berbumbungkan bintang dilangit. Tudiaahh. Hahahah

GLAMPING DI THE LOST WORLD OF TAMBUN PERAK

Bagi korang yang nak merasai pengalaman seperti patik dan rakan blogger lain rasai, korang boleh dapatkan informasi penginapan berkonsepkan glamping seperti berikut. Harga bermula dengan RM388 untuk 2 orang termasuklah kemudahan yang lengkap didalam khemah dan juga pass untuk masuk kedalam The Lost World of Tambun Perak

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN