KL CARNIVAL BUKIT JALIL LOKASI BELI BELAH TERBESAR DI ASIA BERKONSEPKAN KONTENA PERTAMA DI MALAYSIA
KL CARNIVAL BUKIT JALIL LOKASI BELI BELAH TERBESAR DI ASIA BERKONSEPKAN KONTENA PERTAMA DI MALAYSIA | Tak sabar patik rasa untuk menunggu dimana KL Carnival Bukit Jalil akan menjadi lokasi beli belah berkonsepkan kontena pertama di Malaysia dan terbesar di Asia.
Tempoh hari patik telah sama-sama memeriahkan majlis ramah mesra bersama artis sempena pembukaan lokasi beli belah berkonsepkan konstena dinamakan KL Carnival Bukit Jalil.
Untuk pengetahuan korang lokasi yang boleh patik kategorikan sebagai uptown / downtown atau lebih mesra dipanggil bazar ria ini menggunakan kontena sebagai ruang niaga disana. Nampak unik bukan?!!
Berlokasi dibelakang Stadium Hoki Bukit Jalil, bazar ria KL Carnival Bukit Jalil ini akan berlangsung pada 24 Mac 2017 yeee.
Menurut Pengasas KL Carnival Bukit Jalil, Encik Mohamad Rustam Roshandin, KL Carnival Bukit Jalil ini adalah sebagai penjenamaan semula KL Downtown Cheras yang sangat popular suatu ketika dahulu dan terpaksa ditutup pada April tahun lalu setelah 10 tahun beroperasi disana atas sebab pembangunan dikawasan tersebut.
Konsep perniagaan dalam kontena yang cuba dibawa ini adalah segar dan ingin menarik pengunjung tidak kira arga muda atau vateren untuk merasai pengalaman membeli belah secara santai dan berkonsep yang lain dari yang lain.
Mengikut perancangan sebanyak 300 buah kontena pelbagai rekaan dan juga 300 khemaah dibuka uintuk para peniaga meniaga.
Jadi apa tunggu lagi untuk ramai-ramai datang ke KL Carnival Bukit Jalil yang akan dibuka secara meriahnya pada 24 Mac 2017 nanti. Patik pun secara peribadi akan menjadikan lokasi ini sebagai lokasi hujung minggu bersama sahabat handai untuk bersantai.
Bagi korang yang inginkan informasi berkenaan jualan booth khemah dan juga kontena ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:
Comments
Post a Comment