MENIKMATI KEENAKAN STEAMBOAT & GRILL DI D'KAYANGAN STEAMBOAT & GRILL SHAH ALAM
MENIKMATI KEENAKAN STEAMBOAT & GRILL DKAYANGAN DI SHAH ALAM | Bagi korang yang tercari-cari lokasi steamboat & grill disekitar Shah Alam, ni patik ingin berkongsi pengalaman menikmati keenakan menu tersebut di Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill.
Restoran D'Kayangan Steamboat & Grill yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni menyediakan ruang tempat makan yang berhawa dingin dan juga berkonsep terbuka yang terletak diluar restoran. Kiranya kalau korang inginkan ruang yang santai, ruangan terbuka adalah lebih baik.
Ruangan berhawa dingin
Ruangan terbuka
Bila sebut steamboat dan grill, patik pasti korang akan dibanjiri dengan pelbagai jenis bahan untuk membuat steamboat & grill tersebut termasuklah pelbagai jenis sayuran, mee, bahan untuk direbus yang boleh patik anggarkan lebih daripada 100 jenis menu.
Pelbagai jenis sayuran
Pelbagai jenis mee
Pelbagai jenis bebola dan juga makanan laut lain
Selain menu untuk steamboat & grill, mereka juga menyediakan menu goreng-goreng dan lauk tambahan untuk korang nikmati. Antara menu yang disediakan adalah mee goreng, bee hoon goreng, nasi goreng kampung, keropok ikan, rendang ayam dan juga beberapa menu lain.
Bagi korang yang gemarkan daging kambing, mereka juga menyediakan kambing bakar dan semua
Oh yaaa. Sedikit informasi tambahan. Sepanjang bulan Februari 2017 ini, Restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ada menyediakan PROMOSI kepada para pengunjungnya di mana harga yang ditawarkan adalah:
Isnin hingga Khamis
RM 28.90 untuk dewasa
RM 12.00 untuk kanak-kanak
Jumaat hingga Sabtu
RM 35.00 untuk dewasa
RM 18.00 untuk kanak-kanak
Tetapi pada hari Ahad iaitu 'Sunday Family Day', HARGA RUNTUH diadakan.
RM 22.90 untuk dewasa
RM 9.90 untuk kanak-kanak
Bagi korang yang merasai steamboat & grill disini, korang boleh terus kesana atau ini patik ada sediakan sedikit maklumat untuk membantu korang kesana.
Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam
Waktu Operasi :
5.00 petang – 2.00 pagi
Nombor Telefon :
0355234979 / 012-2971091
Facebook :
Steamboat BBQ D’Kayangan
Email :
dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Comments
Post a Comment