ROOPAWAN.COM SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM MELALUI BELIAN ATAS TALIAN
ROOPAWAN.COM SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM MELALUI BELIAN ATAS TALIAN | Sebenarnya patik jenis yang suka menggunakan konsep belian atas talian kerana sangat mudah dan berbaloi. Kiranya apa yang patik inginkan hanya perlu menggunakan konsep carian didalam enjin carian.
Terbaru portal belian atas talian iaitu ROOPAWAN telah diperkenalkan dan ianya fokus kepada pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim.
Untuk pengetahuan korang ROOPAWAN telah dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2016 bersempena Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik. Banyak tu !!

Menempatkan jenama seperti Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang agak popular dikalangan selebriti.
Selain label dikalangan selebriti, ROOPAWAN juga menawarkan tempat untuk mereka yang ingin menggunakan khidmat perniagaan melalui talian. Untuk pengetahuan korang label patik yang fokus kepada jualan kurta lelaki iaitu FAKL juga turut tersenarai antara salah satu vendor yang menggunakan khidmat ROOPAWAN. Hehehe. So sila laaa membeli belah disana.
“Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, ROOPAWAN yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan,” – Mohd Fuad Mohd Noor (Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd).
“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, ROOPAWAN tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” – Siti Amalina Ariffin (Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd).
Jadi apa tunggu lagi, lawati www.roopawan.com dan korang boleh mula untuk melihat apa yang mereka berikan kepada dan mungkin ada antara produk mereka yang korang berkenan.
Bagi korang yang inginkan lebih informasi, korang boleh dapatkan seperti berikut:
Roopawan Marketing Sdn Bhd
Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Bandar Tun Razak, Cheras,
Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment