HARI JADI NUR SAJAT BERTEMAKAN BOLLYWOOD
NURSAJAT BIRTHDAY CELEBRATION BERTEMAKAN BOLLYWOOD | Tempoh hari patik dan rakan blogger lain telah dijemput ke majlis hari jadi jutawan kosmetik yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Nur Sajat.
Pada mulanya majlis ini akan berlangsung dikediaman rumah Nur Sajat, tetapi ditukar pada saat akhir ditukar ke Hotel De Palma Ampang disebabkan rumah yang diduduki sekarang sedang mengalami pengubahsuaian.
Bila patik post gambar seperti ini di Facebook dan Instagram ramai yang kecam patik sebab mereka mengganggap patik akan menggunakan kasut tinggi tersebut untuk sambutan hari jadi tersebut sebaliknya ianya adalah prop. hehehe.
Sebenarnya ini adalah kali pertama kali patik turut serta didalam majlis serupa ini. Mana tak nye patik dan rakan blogger lain beriya mencari baju supaya kami IN dengan majlis. Tak de laa orang maki kita tak hormat tema majlis.
Konsep bollywood ni rupanye memerlukan kita bermain dengan warna. Lagi meriah warna korang, lagi meriah korang berbusana. Korang tengok jee laa kami semua berbusana ni haaa. Hahaha. Seronok wehhh.
Dah jom bergerak ke lokasi majlis iaitu di Hotel De Palma Ampang.
Majlis dimulakan dengan persembahan tarian daripada Nursajat sendiri. Apa yang patik boleh katakan beliau memang seorang penghibur.
Liuk lentuk beliau memang menghiburkan. Ramai yang terpukau dengan persembahan beliau. Patik sebenarnya ada mengikuti perkembangan beliau dimana beliau sedang melakukan persembahan untuk majlis hari jadinya.Tak sangka persembahannya persis wanita hindutan. Hehehe.
Selesai ucapan terima kasih atas kehadiran kepada semua tetamu, majlis memotong kek. Didalam mjlis ini, Nursajat telah memperkenalkan kepada umum ibu dan ayahnya yang begitu menyokong didalam kegiatan harian beliau.
Rasanya ini adalah majlis dimana pertama kali beliau memperkenalkan ayah dan ibu kepada umum. Apa jua tohmahan, fitnah dan juga kejian yang beliau terima, ibu ayah dan juga keluarga yang banyak menguatkan Nursajat dalam mengharungi kehidupan beliau,
Dihujung majlis ini, Nursajat sendiri mengumumkan beberapa anugerah kepada tetamu termasuklah yang Tetamu Paling Havoc, Tetamu Paling Meletop dan banyak lagi termasuklah anugerah Best Outfit.
Benda yang paling patik tak sangka. Patik diumumkan sebagai pemenang Best Outfit pada malam tersebut. Sebenarnya patik pun tak tahu dimananya yang bestnya untuk outfit patik ni. Tapi patik berbangga sebab dapat berdiri sama pentas dengan Nursajat yang tengah menjadi viral sejak dua menjak ini.
Ini adalah outfit yang patik gayakan dan akhirnya memenangi Best Outfit pada malam tersebut. Sebenarnya outfit ni patik sewa jee dengan sebuah butik di Batu Caves. Mungkin dah namanya rezeki kan. Hehehe.
Secara keseluruhan kami berterima kasih kepada pihak pengurusan Nursajat kerana terus menjemput kami sebagai rakan media sekaligus sebagai rakan kemajlis beliau ini. Inilah kami rakan blogger yang pernah menulis mengenai Nursajat tempoh hari. Entrinya korang boleh baca disini [DISINI].
Semoga Nursajat terus berjaya didalam bidang yang diceburi dan juga didalam perniagaan yang beliau usahakan. Semoga terus kuat dalam mengharugi hari-hari dan terus membantu masyarakat.
Sekiranya korang ingin mengikuti perkembangan Nursajat termasuklah kegiatan harian dan apa jua kisah, korang boleh lihat gelagat beliau di instagram beliau.
Comments
Post a Comment