THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR MEMANG TERBAIK

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR MEMANG TERBAIK | Sekali sekala seronok juga bercuti didalam Kuala Lumpur. Jalan-jalan sambil melihat keindahan Kuala Lumpur dan paling seronok bila dapat melihat warna-warni Kuala Lumpur pada waktu malam. Memang sangat cantik ok !!

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Sebenarnya patik nak berkongsi kisah percutian patik di sekitar Kuala Lumpur dan menginap disalah sebuah hotel terbaik di Kuala Lumpur iaitu The Saujana Hotel Kuala Lumpur, hotel gaya resort 5 bintang yang terletak di 160 hektar hutan tropika yang subur menghijau dan sememangnya dikelilingi oleh alam semula jadi. Kiranya korang yang jenis sukakan kesegaran kehijauan yang tenang sangat sesuai untuk datang kesini.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

The Saujana Hotel Kuala Lumpur mempunyai 250 bilik penginapan yang sangat elegan, cantik dan cukup selesa. Di setiap bilik juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti WIFI, TV berskrin leper, peti sejuk mini, coffee maker, charging points untuk multiple devices dan meja kerusi.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Deluxe Room

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Executive Room

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Superior Room

Apa yang lagi best, di setiap bilik menawarkan permandangan taman landskap yang subur, tasik yang tenang atau padang golf yang hijau terbentang luas. Memang rasa awesome sangat bila dapat menikmati keindahan alam macam ni. Selain untuk percutian keluarga dan rakan-rakan ataupun urusan perniagaan, resort ni juga sangat sesuai untuk korang yang mahu berbulan madu.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Tambahan lagi, terdapat juga banyak aktiviti yang boleh dilakukan hanya di resort ini saja. Antaranya, korang boleh berbasikal di sekitar kawasan resort ni, berenang, bermain golf, bermain tenis, melakukan urutan spa ataupun berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan di tepi tasik. Seronok bukan?

TARIKAN THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Sebenarnya banyak tarikan sekiranya korang melawat disekitar Kuala Lumpur. Jadi ni haaa patik senaraikan lokasi yang boleh korang lawat disekitar Kuala Lumpur.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Jika korang minat dengan sejarah, patik boleh cadangkan korang untuk berkunjung ke tempat bersejarah seperti Dataran Merdeka, Tugu Negara, Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Bagi yang jenis kaki shopping, kotaraya inilah syurga korang. Pelbagai jenis barangan ada dijual di sini. Daripada yang berjenama hinggalah ke barangan yang murah. Agak-agak rasa macam nak cuci mata dengan barangan berkualiti dan berjenama, korang bolehlah ke Suria KLCC, Pavilion dan Midvalley.

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Tapi kalau sekadar nak membeli-belah secara bajet saja, korang boleh pergi ke Plaza GM, Kenanga Wholesale yang menjual barangan secara borong atau di bazar dan uptown seperti Petaling Street dan Jalan Masjid India. Memang seronok bagi patik kalau dapat datang kesini. 

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai taman-taman rekreasi yang menarik seperti Taman Tasik Perdana, Taman Burung Kuala Lumpur ataupun nak lagi seronok korang boleh singgah ke Aquaria KLCC untuk melihat pelbagai jenis kehidupan laut. Yeah! Sangat sesuailah kepada mereka yang cintakan alam semulajadi. 

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

Taman-taman tema untuk hiburan keluarga pun ada juga seperti Berjaya Time Square, Desa Waterpark ataupun Sunway Lagoon. Haaa, kalau korang ada anak-anak, patik yakin mereka akan merasa seronok dan puas. Yelah, dapat main air sambil berhibur dengan pekbagai jenis permainan. Siapa yang tak suka kan. Silap-silap, bapak budak dengan mak budak pun yang terlebih suka kan. Hehehe.

DENGAN TRAVELOKA, PERCUTIAN MENJADI LEBIH MUDAH

THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR
Traveloka
Nampak tak bila dah tahu apa aktiviti yang boleh dibuat sepanjang bercuti di Kuala Lumpur, patik pun apa lagi terus book Saujana Hotel sebagai tempat penginapan untuk percutian kali ni.

Selain tempatnya strategik, resort ni juga berdekatan dengan Subang Airport dan ia juga menjadi salah satu tarikan pelancong luar negara untuk bermalam di sini. Bagi korang yang malas nak drive jauh-jauh tu, bolehlah naik flight. Kemudian boleh saja terus check in dekat sini. Macam patik yang berdekatan hanya perlu memandu terus kesini. 

Sebelum ni patik hanya dengar cerita daripada kawan-kawan tentang penginapan ni. Walaupun komen mereka sangat positif tapi selagi patik tidak merasainya sendiri, selagi itulah rasa tak puas kan? Jadi tidak hairanlah ramai yang suka stay dekat sini sebab suasananya memang sangat chill and cool. Apa yang patik boleh komen, it was a great place to relax & chill

Jadi tunggu apa lagi, patik sudah merasai pengalaman menginap di Saujana Hotel. Anda bila lagi??


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN