APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) MEMUDAHKAN SI KAKI MAKAN
APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) MEMUDAHKAN SI KAKI MAKAN | Tempoh hari bertempat di Jibby East, Sunway Montana Kuala Lumpur, patik telah dijemput ke Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Majlis ini telah selamat dilancar dengan begitu meriah.
Untuk makluman korang, aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan ini telah lama ada didalam aplikasi Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Google Play tetapi baru sahaja dilancarkan pada 21 April 2017 dengan penmabahbaikan beberapa fungsi baru.
Aplikasi ini diilhamkan bagi memudahkan si kaki makan mencari lokasi makan terbaik di Malaysia hasil daripada kunjungan produksi Jalan-Jalan Cari Makan itu sendiri.
Yang bestnya kerjasama JJCM dengan Offpeak membolehkan pengguna aplikasi menikmati diskaun sehingga 70% bagi restoran terpilih menerusi "Offpeak Deal" yang dikemaskini setiap hari.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran mereka.
Korang hanya pelu memilih restoran yang mana berkenan, masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Korang kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel.
Segalanya lebih mudah menggunakan aplikasi JJCM. Yang menariknya korang tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang mereka makan, tanpa sebarang caj tambahan. Seronok bukan?!!
Aplikasi JJCM ini juga telah dinaik taraf dengan memperkenalkan carian melalui GPS dimana korang boleh mencari lokasi makan yang menarik berdasarkan carian radius berdekatan korang. Jadi korang boleh mengetahui restoran atau lokasi makan yang berdekatan dengan korang.
Dalam pada Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) itu, kempen yang dipanggil #SeringgitSeribuKebaikan telah diperkenalkan kepada rakan media dan blogger.
Kempen yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan juga Media Prima Digital ini membolehkan korang menghulurkan sumbangan ikhlas bermula RM1, RM3, RM5 dan juga RM10 dimana sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai 4 rumah kebajikan terpilih sepanjang bulan Ramadan nanti.
Setiap rumah kebajikan ini akan menikmati juadah istimewa yang akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap hari Isini sehingga Jumaat selama 4 minggu, 4 buah rumah kebajikan ini.
Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut ke 2 negeri iaitu Terengganu dan Johor bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini pada 3 dan 10 Jun 2017. Orang kata berkongsi rezeki pada bulan yang bulan keberkatan ini sangat luas rezekinya.
Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki.
Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017.
Jadi apa tunggu lagi untuk memuat turun aplikasi JJCM di Google Play dan juga Apple Store hari ini dan gunakan aplikasi tersebut dalam mencari lokasi makan-makan diseluruh Malaysia dan jangan lupa juga untuk menghulurkan sedikit sumbangan #SeringgitSeribuKebaikan korang dengan menggunakan aplikasi JJCM dan juga CJ Wow Shop sendiri.
Kredit gambar: www.penaberkala.com
Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017.
Jadi apa tunggu lagi untuk memuat turun aplikasi JJCM di Google Play dan juga Apple Store hari ini dan gunakan aplikasi tersebut dalam mencari lokasi makan-makan diseluruh Malaysia dan jangan lupa juga untuk menghulurkan sedikit sumbangan #SeringgitSeribuKebaikan korang dengan menggunakan aplikasi JJCM dan juga CJ Wow Shop sendiri.
Kredit gambar: www.penaberkala.com
Comments
Post a Comment