KONSERT JOM TONTON SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA MERIAH
KONSERT JOM TONTON SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA MERIAH | Portal TONTON telah menyambut ulangtahun pertamanya berlokasi di perkarangan pusat membeli belah The Curve Damansara pada hari minggu yang lalu 22 April 2017 dengan mengadakan jualan bazar dan juga konsert yang diberi nama Konsert Jom Tonton.
Sangat meriah majlis pada hari itu kerana penonton-penonton bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan artis malahan juga ada disediakan juga jualan Street Market di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai diskaun yang hebat.
Patik sangat teruja bila nama Wany Hasrita tersenarai diantara artis yang akan membuat persembahan. Oleh sebab kekangan waktu, Wany Hasrita tidak dapat membuat persembahan disebelah malam disebabkan komitmen persembahan disaluran TV lain, makan beliau telah membuat persembahan disebelah petang.
Seperti biasa lagu beliau Menahan Rindu menjadi lagu yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung Konsert Jom Tonton.

Selain Wany Hasrita, Ayda Jebat juga tidak ketinggalan membuat persembahan dengan beberapa buah lagu hit beliau seperti Nakal Nakal Nakal.
Pada majlis itu, pihak TONTON telah memperkenalkan Duta TONTON yang baharu dan juga Queen of TONTON. Duta TONTON yang baharu iaitu Ayda Jebat, Redza Fahmi dan juga Thomas.Jack manakala Ratu TONTON iaitu Dato Sri Vida.
Kemuncaknya pada malam konsert apabila penonton-penonton dihidangkan dengan persembahan daripada selebriti terkenal antaranya Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter dan Bunkface.
Kemuncaknya pada malam konsert apabila penonton-penonton dihidangkan dengan persembahan daripada selebriti terkenal antaranya Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter dan Bunkface.
Konsert Jom Tonton membuka tirai seawal jam 8.00 malam dimana Kaka Azraf tampil dengan beberapa buah lagu yang pernah menaikkan nama Kaka Azraf seperti Bukan Hal Aku.
Konsert diteruskan lagi dengan persembahan daripada Sufian Suhaimi. Rata-rata pengunjung begitu tidak sabar untuk melihat Sufian Suhaimi membuat persembahan lebih-lebih lagi peminat perempuan.
Lama patik melihat Waris membuat persembahan secara lansung dan malam tersebut dapat juga melihat beliau mendendangkan lagu.
Patik baru tahu yang Alvin Chong ni rupanya seorang penyanyi sebab pernah tengok beliau berlakon sebagai Kapten Kapal Terbang dalam drama Suri Hati Mr. Pilot. Sedap juga suara mamat ni yee. Hehehe.
Penyanyi Ara Johari yang sangat berhantu dengan lagu Warkah Untukku juga hadir dengan menyampikan 2 buah lagu iaitu Madah Berhelah dan juga Warkah Untukku. Rata-rata memberi pujian terhadap suara tinggi yang dimiliki oleh Ara Johari ini.
Siapa tidak kenal dengan Azlan & The Typewriter yang begitu nyaring suaranya. Mereka mempersembahkan bebeapa buah lagu dan pengunjung memang gembira dengan persembahan mereka.
Sebenarnya patik sudah lama tidak mendengar Ning Baizura membuat persemabahan secara konsert dan pada malam tersebut Ning Baizura mendendangkan lagu kegemaran patik iaitu Awan Yang Terpilu. Memang mengundang kenangan ok lagu tu. Hehehe
Kumpulan Bunkface memang tidak pernah lekang dengan persembahan yang bertenaga. Lagu mereka seperti Malam Ini Kita Punya dan sebuah lagu baru iaitu Orang Kita berjaya menarik minat orang ramai.
Patik berkenan sangat dengan lagu Orang Kita. Sedikit unik untuk patik dan patik suka lagu tersebut.

Mendengar konsert dihadapan pentas sambil membuat liputan secara langsung memang sangat menguji patik dan rakan blogger lain. Mana tidaknya nak fokus melihat artis membuat persembahan dan sudah tentu korang yang menjadi follower facebook dan instagram akan melihat update patik tidak henti dari seorang artis ke sorang yang lain. Hehe
Secara keseluruhan Konsert Jom Tonton tempoh hari memang sangat meriah selain pelbagai aktiviti interaktif bersama penonton sambil diperkenalkan Duta TONTON dan juga Ratu TONTON kepada umum.
Kepada produksi TONTON patik ucapkan terima kasih atas jemputan dan juga setinggi tahniah kepada kerana penganjuran Konsert Jom Tonton pada tahun ini begitu meriah dan menyatukan komuniti daripada pelbagai kaum menjadi satu.
Kepada korang yang masih belum melanggan dan ingin melanggan sebagai ahli VIP Tonton, boleh lah memilih pelan langganan VIP yang bermula daripada serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).
Kepada korang yang masih belum melanggan dan ingin melanggan sebagai ahli VIP Tonton, boleh lah memilih pelan langganan VIP yang bermula daripada serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).
>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<
Kredit foto: www.dikbee.com
Comments
Post a Comment