ANUGERAH BEST TRAVEL BLOGGER 2017 MILIK PROJEK TRAVEL

Sepetang Bersama Blogger 2017

ANUGERAH BEST TRAVEL BLOGGER 2017 MILIK PROJEK TRAVEL | Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 yang dianjur untuk tahun 2017 telah melabuhkan tirai dengan mengadakan majlis Gala Dinner and Award Night 2017 yang berlangsung di Saloma Bistro & Theatre Restaurant.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perlancongan & Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin dengan meriah sekali.

Untuk pengetahuan korang Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Denai Hati Network Sdn Bhd dimana majlis ini semua blogger dari pelusuk Asia Tenggara boleh patik katakan hadir memeriahkan majlis. 

Untuk tahun 2017, mereka telah merancang mengadakan 2 sesi program dimana pada sebelah petang dianjurkan sesi perkongsian bersama beberapa penceramah untuk berkongsi pengalaman mereka didalam dunia media sosial yang rata-rata masih ada yang perlu dipelajari. 

Sepetang Bersama Blogger 2017

Pada sebelah malamnya diadakan majlis makan malam dan juga penyampaian beberapa anugerah. Untuk pengetahuan korang, anugerah yang disampaikan pada malam tersebut adalah hasil pilihan daripada Denai Hati Network Sdn Bhd sendiri. 

Sepetang Bersama Blogger 2017

Alhamdulillah, kami di Projek Travel telah dipilih sebagai Best Travel Blogger 2017 pada malam tersebut. Sebenarnya ini adalah kali pertama kami di Projek Travel diberi pengiktirafan sebegini rupa. 

Sepetang Bersama Blogger 2017

Apa pun terima kasih kepada semua pembaca blog Projek Travel dan semua admin yang sedaya usaha memberikan perkongsian berkaitan percutian, makanan yang sesuai untuk bahan bacaan korang semua. 

Oh yaaa korang juga boleh juga mengikuti blog peribadi bagi admin di  Projek Travel iaitu:

Mawardi Yunus = www.mawardiyunus,com
Khairul Anuar = www.penaberkala,com
Khai Artzfar = www.budakpacak.com
Potia Casadelarossa = www.blogger2u.com
Dikbee = www.dikbee.com
Mek Onie = www.mekonie.com


- TERIMA KASIH -



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN