HEBAT SANGAT KE FILEM PENDEK FILODOXIA YANG PERLU KORANG UNDI?
HEBAT SANGAT KE FILEM PENDEK FILODOXIA YANG PERLU KORANG UNDI? | Isu keselamatan di jalan raya semakin runcing dikala semua orang leka dengan keselamatan diri dan juga orang sekeliling.
Baru-baru ini ade seorang rakan mencadangkan patik untuk menonton sebuah filem pendek bertajuk Filodoxia. Filem yang diarahkan oleh Syahiran Sukardi menampilkan Dhiya Aizat sebagai watak utama.
SINOPSIS FILEM PENDEK FILODOXIA
Filem pendek ini mengisahkan seorang lelaki yang baru sahaja memulakan kerja ditempat baru dan setiap inci kisahnya akan direkodkan untuk dikongsi bersama rakan media sosialnya. Bermula dari hari pertama bekerja sehingga setiap kerjanya direkod untuk tujuan perkongsian.
Mungkin tanpa beliau sedari perbuatan itu sedikit sebanyak akan membahayakan diri dan juga orang sekeliling.
Dengan menggunakan latar lagu yang mendebarkan, kita sebagai penonton ingin terus terusan menonton sehingga tamat.
Kesimpulan daripada filem pendek ini adalah kita sebagai pengguna telefon bimbit haruslah peka dengan keadaan sekeliling. Memang seronok berkongsi apa yang kita rasa di media sosial tapi tolong peka dan hati-hati.
Kepada korang yang memandu tu tolonglah jangan guna telefon bimbit sambil memandu. Fokus pada memanduan korang yeee.
CARA MENGUNDI FILEM PENDEK FILODOXIA
Penglibatan filem pendek ini sebagai menyokong kempen jalan raya yang dianjurkan oleh pihak PLUS Malaysia Berhad. Jadi orang ramai boleh membuat undian untuk filem pendek yang dirasakan sesuai untuk memenangi hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Apa kata korang undi filem pendek kawan patik iaitu FILODOXIA >> DISINI << dan korang boleh mencari muka hadapan filem yang mesti korang undi seperti gambar yang patik petakkan berwarna merah.
Bila korang klik pada VOTE itu gambar seperti dibawah ini akan muncul. Jadi sebelum korang nk VOTE tu, korang boleh saksikan filem pendek yang patik ceritakan tadi.
Oh yaa korang jangan lupa untuk terus ke CONNECT TO FACEBOOK tu untuk membuat pengesaha anda pengguna Facebook yang sah.
Pengesahan sebagai pemegang akaun Facebook akan melayakkan korang untuk mengundi yeee.
Klik pada VOTE seperti digambar bawah ini dan korang layak untuk mengudi sebanyak 5 kali secara berterusan SAHAJA. Patik sudah mengundi secara berterusan sebanyak 5 kali.
Seperti kakak dibawah, patik juga mengucapkan terima kasih untuk mengundi Filem Pendek yang patik rasa memang sangat dekat dengan kelakuan kita seharian yang berkongsi kisah secara LIVE dengan pengguna media sosial yang lain samada Facebook, Instagram, VOOV dan apa jua aplikasi.
Sekian perkongsian patik untuk kali ini. Jangan lupa untuk mengundi rakan patik ini >> DISINI << yeee.
Comments
Post a Comment