LABU SAYONG KUALA KANGSAR LABU SAYONG TRADISI NEGERI PERAK
LABU SAYONG KUALA KANGSAR LABU SAYONG TRADISI NEGERI PERAK | Kuala Kangsar memang terkenal sebagai Bandar Di Raja dan sebagai Bandar Di Raja terdapat banyak warisan melayu Perak sebagai contoh Labu Sayong.
Bersempena dengan Jelajah Kesultanan & Tradisi Melayu Perak tempoh hari, patik sempat melihat sendiri cara pembuatan labu sayong yang dikatakan tradisi Kuala Kangsar.
Berlokasi di Win Kraf, Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak kami rombongan telah dibawa untuk melihat dan mengambil pengalaman secara dekat tentang pembuatan labu sayong.
Melalui pembacaan patik, labu sayong dikatakan asalnya dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan istana pada ketika itu.
Tok Kaluk telah dianugerahkan tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kebolehannya dalam membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar yang banyak membantu penduduk setempat dan negeri pada ketika itu.
Sejak dari itu Tok Kaluk terus mengajar penduduk setempat membuat labu. Lama-kelamaan, penduduk di kampung tersebut pandai membuat labu dengan sendiri sehingga ke hari ini. Penggunaan labu atau tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas.
Barulah patik tahu asal usul Labu Sayong dan secara langsung nama Kampung Sayong ini muncul. Barulah patik tahu rupanya ade 2 jenis cara untuk membuat labu ini iaitu cetakkan acuan dan juga secara manual.
Patik boleh bayangkan penghasilan Labu Sayong ini memerlukan kepakaran, kesabaran dan juga kreativiti si pembuat untuk menghasilkan sebiji labu sayong ini.
Selesai melihat pembuatan labu sayong ni haaa, patik sempat berjalan disekeliling bengkel ini untuk melihat hasilan labu sayong dan produk lain yang berasaskan tanah liat dan patik sangat terkejut dimana harga bagi satu biji labu sayong ini hanya berharga RM15 dan bagi patik ianya adalah sangat murah.
Patik membayangkan kalau labu sayong ini sampai di Kuala Lumpur atau kawasa-kawasan elit, sudah tentu harga boleh menjangkau puluhan ringgi hingga ratusan mungkin kan. Hehehe
Bagi korang yang ingin memilik labu sayong pada harga yang sangat murah, korang boleh datang ke Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak dan dapatkan bermacam-macam rekaan labu sayong untuk dijadikan kenangan.
Comments
Post a Comment