SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI BASAH DALAM "AQUA RUN"

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI BASAH DALAM "AQUA RUN" | Bila sebut Sunway Lagoon, patik pasti semua orang akan kenal dimana ianya sebuah lokasi taman tema yang sangat seronok untuk melakukan aktiviti kekeluargaan pada hujung minggu atau dikala cuti panjang.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Tempoh hari patik dan beberapa blogger lain telah dijemput untuk turut serta didalam aktiviti yang sudah pasti akan mengundang kebasahan iaitu "Aqua Run" yang berlokasi di Sand Surf Beach Sunway Lagoon.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Jika di Thailand kita ada aktiviti Songkran dimana korang akan beramai-ramai berada didalam aktiviti kebasahan, tetapi disini masih mengekalkan kebasahan tetapi korang akan melalui bebeapa halangan sebelum sampai ke garisan penamat.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Patik dan rakan blogger lain telah sampai seawal pagi kerana khabarnya perlepasan akan berlangsung pada jam 7 pagi. Tetapi atas sebab yang biasa kita lalui, ianya terpaksa ditunda ke jam 7.30 pagi.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Selepas pendaftaran, kami semua dibekalkan dengan sehelai baju program dan diminta untuk menukarnya kepada baju tersebut. Cantik juga rekaan baju AQUA RUN mereka ni haa. 

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Seperti biasa sebelum berlepas, kami semua diberikan sedikit penerangan undang-undang dan juga sedikit senaman zumba ringkas sebagai pemanas badan.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Tepat jam 8.00 pagi kami dilepaskan untuk memulakan larian "Aqua Run". Yang seronoknye korang akan mengalami kebasahan sepanjang halangan yang mereka sediakan.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Sebanyak 6 halangan yang disediakan untuk semua peserta. Korang kena hadapi dengan redha kerana korang akan sentiasa dikacau dengan semburan air. Tapi memang seronok.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Apa yang patik ingat antara halangan yang disediakan adalah melalui halangan berlubang dimana korang kena melalui lubang-lubang sambil melangkah satu persatu. Selain itu ada halangan memanjat dimana bila korang sampai ke bawah, korang akan lencun dekkk korang masuk kedalam kolam air. 

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Disebabkan AQUA RUN ini berkonsepkan larian manja-manja, jadi kami bersepakat untuk hanya berjalan sepanjang untuk sampai 1 halangan ke 1 halangan.

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Korang yang sampai digarisan penamat akan diberikan pingat menandakan korang telah tamat dengan semua halangan. Comel pingat yang diberikan. 

SUNWAY LAGOON ANJUR AKTIVITI "AQUA RUN"

Patik dan rakan lain pun akhirnya sampai kehujung garisan penamat. Bagi patik ini adalah larian yang paling santai yang pernah patik sertai. Tidak sempat berpeluh dan sampai kehujung garisan.

Apa pun patik sangat gembira seronok dengan aktiviti basahan AQUA RUN ni haaa. Semoga ditahun hadapan aktiviti seperti ini akan diadakan lagi. Sebenarnya Sunway Lagoon ni banyak buat aktivit dan juuga promosi yang best. Jadi apa tunggu lagi untuk dapatkan informasi seperti yang tertera.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<



Kredit gambar : www.penaberkala.com

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN