
UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 SEDIAKAN BUFFET SEMPENA RAMADHAN 2017 | Sebenarnya patik dan
UBE Katering memang tidak boleh dipisahkan kerana patik yang tinggal di Bandar Baru Bangi dan sekitar akan menggunakan perkhidmatan
UBE Katering.
Terbaru baru patik tahu yang mereka memiliki lokasi
banquet hall yang besar dan sangat selesa untuk sebarang majlis. Untuk masa terdekat beli didalam rangka promosi untuk buffet ramdhan.
Bersempena dengan kedatangan
Bulan Ramadhan 2017 ini, pihak penganjur telah membuka ruang berbuka berkonsepkan buffer iaitu
UBE Banquet Hall D'Nilai 3. Patik telah dijemput untuk melihat dan merasai pengalaman "berbuka puasa" disini.
Apa yang mereka beritahu, untuk sampai ke
UBE Banquet Hall D'Nilai 3 korang boleh menggunakan aplikasi waze dan buat carian atas nama
"Ube Banquet Hall Nilai 3".
Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke lokasi memakan masa hanya 20 minit. Sangat dekat bagi patik. Bila sampai dihadapan banquet hall mereka, patik sangat berkenan dengan harga yang mereka tawarkan iaitu
RM49.00 untuk dewasa dan
RM15.00 untuk kanak-kanak.
Memasuki ruang
banquet hall, patik bagai rasa sangat senang dan selesa sebabnya ruangan yang sangat luas dan pencahayaan yang terang dan ditambah dengan lampu lain yang memberikan impak indah dan ekslusif seperti didalam sebuah dewan sebuah hotel.
Penggunaan kerusi yang unik menjadikan suasana dewan persis sebuah dewan hotel dan ditambah dengan konsep gerai-gerai disekeliling banquet hall.
MENU BUFFET RAMADHAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3
Menjengah keruangan makanan mereka. Patik bagai hilang arah sebab terlalu banyak makanan yang mereka tawarkan pada harga yang sangat menarik dan bagi patik adalah dikatagorikan sebagai yang termurah yang pernah patik buat ulasan.
 |
Kids corner |
 |
Pelbagai buah-buahan pencuci mulut |
 |
Pilihan menu yang pelbagai |
 |
Kek dan pastri |
 |
Salad dan juga ulaman |
 |
pelbagai jenis sambal sebagai penambah rasa |
 |
Gerai minuman menghilang dahaga |
 |
Menu kampung yang sangat lazat |
 |
Gerai berkonsepkan mee juga disediakan |
 |
Pelbagai jenis sup untuk dicuba |
 |
Menu barat turut disediakan |
SOLAT MAGHRIB DAN TERAWIH BERJEMAAH
Bagi korang yang datang berbuka puasa disini, korang jangan risau sebab mereka juga menyediakan ruangan solat yang sangat selesa dan luas. Ruangan solat yang dilengkapi dengan pendingin hawa menjadikan ruangan ini lebih selesa.
Kiranya pihak penganjur sangat bersedia menerima kehadiran korang yang akan menikmati juadah mereka nanti. Sambil makan berbuka, ibadah juga tidak dilupakan.
Bagi korang yang telah membaca entri patik ini dan sedang mencari-cari lokasi buffet ramadhan yang orang kata berbaloi, patik dcadangkan korang datang terus kesini. Ini patik sediakan informasi untuk memudahkan korang nanti.
Ube Banquet Hall Nilai 3
Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Waze:
Ube Banquet Hall Nilai 3
Telefon:
010-587 0000
06-7971204
Terima kasih kepada pihak
UBE Banquet Hall D'Nilai 3 atas jemputan untuk merasai damengambil pengalaman disini.
Comments
Post a Comment