KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017 | Pejam celik kita sudah menjangkau hari yang ke 15 hari berpuasa. Patik yakin korang pun sudah mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba lebih kurang 2 minggu lagi. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Selalunya kalau kita membuat persiapan kita akan ke pusat membeli belah mencari pelbagai jenis persiapan bermula dari pakaian sehinggalah kepada penyediaan kuih muih raya bagi memeriahkan hari raya nanti. Tapi kali ini patik mencari kelainan untuk datang ke Kompleks Kraf Jalan Conley Kuala Lumpur kerana disina diadakan jualan sempena kedatangan hari raya. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Proram yang dipanggil Warna Warni Aidilfitri 2017 ini bermula pada 1 Jun sehingga 12 Jun 2017. Kiranya korang masih ada masa beberapa hari untuk datang kesini dan mencuci mata melihat produk yang ditawarkan disini. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Berkonsepkan Nostalgia Kampung, patik yakin korang akan teringat-ingat akan kampung halaman tatkala korang berada disini. Patik yang sekali sekala balik kampung pun sangat terasa rindu suasana kampung bila melihat suasana disini. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Berkonsepkan jualan bazar, korang boleh melihat dan memilih produk yang dijual disini dengan seronok sekali. Sambil membeli korang boleh turut serta didalam beberapa aktiviti yang telah disusun oleh pihak Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Aktiviti yang korang boleh turut serta adalah:

  • Jualan Kraf & Perkhidmatan Aidilfitri - Menghimpunkan seramai 200 usahawan kraf dan usahawan perkhidmatan Aidilfitri yang menawarkan pelbagai pilihan produk bagi persiapan hari raya.
  • Pameran & Jualan Produk Rekaan Baru Aidilfitri - Mengetengahkan produk-produk rekaan baru berkonsepkan Aidilfitri seperti busana Aidilfitri 'Batik Madu Tiga', aksesori fesyen seperti beg, kasut dna hiasan rumah serta bingkisan Aidilfitri.
  • Pameran Kraf Warisan Aidilfitri - Pelbagai produk-produk kraf warisan yang digunapakai dalam penyediaan makanan dan hiasan rumah.
  • Demonstrasi Produk Kraf - Seperti membuat songkok, perhiasan dan aksesori, kasut manik, capal, jahitan dan bingkisan bakul rotan.
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

  • Interaktif Kraf - Pengunjung berpeluang belajar menganyam kelongsong ketupat dan membuat kuih raya.
  • Aroma Aidilfitri - Menyediakan pelbagai juadah hari raya seperti yang aku cakap tadi iaitu Rendang Tok dan banyak lagi.
  • Gema Aidilfitri - Alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan Ramadan.
  • Aktiviti Pengunjung - Pertandingan video kreatif Warna-Warni Aidilfitri dan pertandingan tulisan dari rumi ke jawi.
  • Cabaran Rentap Raya - Aktiviti treasure hunt disekitar Kompleks Kraf bertemakan sambutan hari raya. 
  • As Salam Ya Ramadan - Tak sempat nak bayar zakat lagi? haaaa takpe, Kompleks Kraf Kuala Lumpur ada menyediakan Kaunter Bayaran Zakat dan Bazar Ramadan.
  • Gaya Raya - Haaaaa paling seronok aktiviti ini kerana menyediakan tempahan jahitan baju raya untuk pakaian lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, ubahsuai pakaian dan tambah nilai aksesori pakaian raya.

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Bila korang datang kesini patik harap korang boleh bertabah laaa ye sebab korang akan dapat melihat proses pembuatan kuih raya secara langsung depan mata korang. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Antara yang patik sempat lihat adalah pembuatan kuih tart nanas, bisjut suji, kuih ros dan bermacam lagi. Memang terhidu-hidu laaaa korang dengan bauan yang semerbak bagai rasa esok nak raya. Hehehee.

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Tu belum masuk korang boleh tengok penyediaan redang dan membakar lemang. Wehhh memang mengimbau ok kenangan beraya dikampung. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Kiranya korang kalau datang ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini korang akan dapat semualah orang kata. Bermula dari pakaian, kuih muih serta rendang lemang dodol yang tersedia disini. 

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR BUAT JUALAN SEMPENA WARNA WARNI AIDILFITRI 2017

Jadi apa tunggu lagi. jualan Warna Warni Aidilfitri 2017 ini akan tamat tidak lama lagi. Jadi jom luangkan hujung minggu termasuk cuti Nuzul Quran pada hari Isnin, 12 Jun 2017 untuk berkunjung ke Kompleks Kraf Jalan Conley Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut korang boleh berhubung seperti informasi berikut:



Bahagian Komunikasi Korporat,
Kraftangan Malaysia, 
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, 
Jalan Conlay

Telefon:
03-2162 7533 / 03-2162 7459



>> WEBSITE | INSTAGRAM <<



Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN