MELIHAT PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

MELIHAT PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK | Bila program Jelajah Kesultanan dan Tradisi Melayu Perak ini terpampang berkenaan lawatan ke bengkel pembuatan keris, patik bagai teruja. Mana tidaknya selalu kita hanya membaca dan tidak pernah seumur hidup patik melihat sendiri pembuatan keris dengan mata sendiri. 

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Jadi semasa program tersebut patik dan rombongan dibawa ke bengkel pembuatan keris Pak Mazin atau nama sebenarnya Encik Mazin Bin Abdul Majid yang berlokasi di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Kedatangan kami disambut oleh Pak Mazin dengan begitu ramah sekali. Walaupun sibuk menyiapkan beberapa tempahan pelanggan yang telah dibuat, beliau tidak keberatan untuk melayani pertanyaan kami dan berkongsi sedikit sebanyak tentang diri beliau serta pekerjaan yang diusahakannya ini sejak beliau berumur 12 tahun lagi.

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Hasil sembang-sembang santai kami, tahulah kami bahawa Pak Mazin ini merupakan generasi keempat pembuat keris berketurunan Bugis (dari Kepulauan Sulawesi), bermula dengan moyang beliau, yang dikenali sebagai Tukang Mamat. 

Ilmu pembuatan keris ini kemudiannya diperturunkan kepada datuk Pak Mazin, Pandak Lam, dan seterusnya kepada Abdul Jamil, iaitu bapa beliau sehinggalah kemudiannya kepada Pak Mazin sendiri.

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Pak Mazin ini merupakan antara yang terkenal dan tersohor di Malaysia dalam bidang pembuatan keris atau dikenali sebagai pandai besi. Bukan sahaja menerima tempahan dari penggemar-penggemar dan pengumpul tempatan, Pak Mazin juga sering menerima tempahan dari luar negara, juga oleh orang-orang kenamaan, sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda sendiri.

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Baru patik tahu yang untuk menghasilkan sebilah keris memerlukan kesabaran dan juga kepakaran yang tinggi. Proses yang melibatkan api dan melembutkan besi tu bukan sesuatu yang mudah. Korang tengok jee laa kemarakan api yang menjulang tu haa. Panasss oii.. 

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Menurut Pak Mazin keris yang dihasilkannya adalah atas permintaan pelanggan dan bukan unutk tujuan komersial dan pasaran. Keris yang dihasilkannya menggunakan 7 jenis besi " P " iaitu Paku, Pisau, Pahat, Puting, pencebak (Penyodok), Payung dan juga Pagar. 

7 jenis besi ini akan disusun mengikur kekerasan masing-masing dan kemudian barulah dibakar didalam api yang panas  dan kemudiannya diketuk untuk disatukan menjadi seketul logam aloi.

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Setelah menyatu, barulah ketulan logam aloi ini dibentuk menjadi bentuk keris yang dikehendaki dan kemudian barulah dicanai, diasah dan dinipiskan matanya serta diperhalusi dengan ciri-ciri khas.

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Patik sempat melihat-lihat keris yang dipamerkan dan keris kecil ini berjaya menarik perhatian patik sebab bentuknya yang gemuk dan unik dan hanya sebesar tapak tangan. Kalau keris yang panjang tu sudah menjadi kebiasaan untuk kita lihat kan.. Hehehe

 PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Secara peribadi, warisan pembuatan keris dan senjata ini wajar dipelihara supaya tradisi warisan Melayu ini tidak akan lupus dek keadaan dan zaman. Ianya memang warisan bangsa Melayu.

Terima kasih kepada Pak Mazin, Tourism Malaysia, Destination Perak dan KTM Holiday kerana memperkenalkan informasi ini kepada kami.  

Bagi korang yang ingin melihat sendiri pembuatan keris dan senjata seperti ini, ni haa patik sediakan sedikit informasi untuk korang sekiranya memerlukan. 


BENGKEL PEMBUATAN KERIS PAK MAZIN
 No. 66, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak

Telefon:
017 6561 040


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

MASJID 1000 SELAWAT MERCU TANDA PULAU PANGKOR