RAHSIA RANDY PANGALILA SEMUANYA PADA THE SECRET BY RANDY PANGALILA
RAHSIA RANDY PANGALILA SEMUANYA PADA THE SECRET BY RANDY PANGALILA | Sejak dua menjak ni patik perasan sudah menjadi musim bagi para selebriti menghasilkan buku hasil tangan masing-maisng. Fenomena ini bukan sahaja heboh di Malaysia, tetapi selebriti kita di negara Indonesia turut mengalami fenomena tersebut.
Terbaru, kalau boleh patik kongsikan, pelakon dari negara seberang itu, Randy Pangalila baru saja yang melancarkan bukunya yang berkonsepkan senaman, diet dan juga kegiatan harian beliau iaitu The Secret by Randy Pangalila.
Beliau terpanggil untuk menulis buku itu selepas mendapat banyak pertanyaan daripada peminat yang ingin mendapatkan tubuh sepertinya walaupun sibuk dengan kegiatan harian.
Menerusi buku bertajuk The Secret by Randy Pangalila, Randy berkongsi pandangan dan pengalamannya dalam menjaga kesihatan dengan mengamalkan pola pemakanan yang betul sejak enam tahun lalu. Buku yang berhalaman 122 helaian ini ditulis didalam bahasa inggeris menerangkan segala yang dilakukan oleh Randy Pangalila untuk kelihatan sihat dan berketerampilan.
Patik sudah membacanya dan ianya sangat memberi inspirasi kepada patik. Bermula dari penampilan, kesihatan diri dan juga pemakanan yang diamalkan sangat memberi inspirasi kepada patik secara peribadi.
Tidak dilupakan bagi korang yang suka memetik gitar, dalam buku ini juga disediakan skor lagu untuk korang main petik-petik gitar yeee. Hehehe.
RANDY PANGALILA HASILKAN ALBUM TERBAHARU
Baru patik perasan, kesinambungan dengan terhasilnya buku The Secret by Randy Pangalila, Randy akhirnya terpanggil untuk mengeluarkan album terbarunya sekali gus album ini merupakan 'comeback' daripada penyanyi dan juga pelakon ini yang bagi patik telah lama menyepi.Dengan permintaan peminatnya dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura, diharap sedikit sebanyak melepas kerinduan kepada penyanyi dan pelakon ini didalam industri hiburan.
Album berjudul 'The Secret' yang mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Randy sendiri, memuatkan lapan buah lagu termasuk satu lagu bonus track lagu lama yang dinyanyikan semula, bertajuk "Everything I Need"
Randy Pangalila - Everything I Need (Bonus Track)
Randy Pangalila - Katakan Maumu
Randy Pangalila - Maafkan
Randy Pangalila - Sampai Akhir Waktu
Randy Pangalila - Sebelum Kau Ada
Randy Pangalila - Selamat Tinggal
Randy Pangalila - Semua Dari Hati
Randy Pangalila - Sepenuhnya
Randy Pangalila - Tak Ada Yang Sama
Secara peribadi selepas mendengar keseluruhan lagu didalam album ini, jujur patik sangat gemari lagu-lagu nyanyian Randy Pangalila.
Bukan itu sahaja, wangian daripada beliau juga turut dikeluarkan atas nama 'The Secret'. Memang Randy ni sangat berani membuat semuanya didalam suatu masa. Bagi mereka yang membeli wangian daripada Randy, korang akan mendapat sebuah album ini secara percuma.
Bagi korang yang ingin memiliki buku The Secret by Randy Pangalila, buku ini sudah mula dijual dan ada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia pada harga RM45 (Semenanjung Malaysia) dan RM48 (Sabah & Sarawak).
Comments
Post a Comment