RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH | Bila hari raya menjelma, patik yakin ketupat akan menjadi menu utama bagi korang yang menyambut hari raya.

Sama seperti patik dan keluarga, ketupat akan menjadi menu utama menymabut hari raya. Tetapi cuba korang bayangkan sekiranya ketupat atau nasi impit tersebut sudah jemu dijamah dan ianya akan tergolek tanpa dihiraukan lagi.

Jadidaripada ianya membazir tidak dimakan, apa kata korang ubah ketupat atau korang menjadi menu yang lebih lazat dipanggil Ketupat Goreng

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH


BAHAN-BAHAN

1 mangkuk ketupat - dipotong dadu
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 genggam ikan bilis
1 cawan kacang panjang
2 biji telur
1 kuib pati ayam
Sedikit kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bawang besar,bawang putih, belacan dan ikan bilis ditumbuk sehingga sekata
  2. Tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing dan masukkan ketupat dan gaul rata
  3. Masukkan peas dan kiub ayam serta garam
  4. Akhir sekali masukkan telur dan kacau lagi hingga masak sempurna dan di hidang.

RESEPI KETUPAT GORENG PALING MUDAH

Tadaaaa.. beginilah rupanya Ketupat Goreng yang patik maksudkan. Sebenarnya menu ini khabarnya menu orang jawa di Negeri Johor. Sebenarnya patik pun belajar makan Ketupat Goreng ni semasa patik berkunjung ke Negeri Johor, rumah kawan patik. 

Jadi ape tunggu lagi. Korang boleh cuba resepi ini sebab ianya sangat mudah sama seperti korang masak nasi goreng jee tapi gantikan nasi dengan ketupat. Mudah kan. Selamat mencuba.


-TERIMA KASIH-


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN