SERONOK RUPANYA BERBUKA PUASA DENGAN RAKAN JABATAN

BERBUKA PUASA

SERONOK RUPANYA BERBUKA PUASA DENGAN RAKAN JABATAN | Bila bulan ramadan menjelma, patik yakin aktiviti paling meriah adalah jemputan menghadiri majlis berbuka puasa tidak kita dari mana-mana organisasi atau sahabat handai. 

BERBUKA PUASA

Tempoh hari patik telah dijemput untuk berbuka puasa bersama pelajar dibawah jabatan patik iaitu Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Majlis ni sebenarnya adalah bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar dengan staf dibawah jabatan. Depa ni tidak lama lagi juga akan menduduki peperiksaan akhir. Kiranya konsepnya adalah berkumpul beramai-ramai sambil berbuka. 

BERBUKA PUASA

Sekali sekala berkumpul sebegini memang seronok kan. Majlis berbuka puasa ini mereka buat di foyer berdekatan dengan surau fakulti. Pengisian majlis sebenarnya tidaklah berat. Sekadar berbuka puasa bersama, solat maghrib berjemaah, kemudian makan malam dan seterusnya majlis bersurai. 

BERBUKA PUASA

Seramai lebih kurang 120 orang pelajar dari tahun 1 sehinggalah ke tahun 4 untuk memeriahkan majlis. Tapi ada juga yang pulang kerumah disebabkan musim cuti minggu peperiksaan. 

BERBUKA PUASA

Kami dipihak jabatan disertai oleh Ketua Jabatan dan beberapa orang staf lain serta Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan Dan Hal Ehwal Pelajar).

Bermula dengan berbuka secara ringkas dengan kuih muih, kurma dan juga air masak kami kemudian terus menunaikan solat maghrib. Selesai solat maghrib, masing-masing bergegas keluar untuk menikmati juadah makan malam. 

BERBUKA PUASA

Seronok patik tengok budak-budak ni menyenduk lauk dan makan. Teringat kita zaman-zaman belajar dahulu kalau ada majlis berbuka di kolej, kitalah yang paling seronok menghadap makanan. Hehehe

BERBUKA PUASA

BERBUKA PUASA

Secara keseluruhan, majlis berbuka puasa bersama pelajar dan staf ni memang seronok. Sekali sekala kita luangkan beramah mesra dengan mereka.

BERBUKA PUASA

Bila dapat berpeluang bergambar dengan pelajar, patik rasa bagai seusia dengan depa. Hahahaha. Apa pun terima kasih kepada pihak penganjur majlis berbuka puasa ini. Makanan semuanya sedap dan sangat meriah. 


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN