DAYANG NURFAIZAH TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU
DAYANG NURFAIZAH TAMPIL DENGAN ALBUM TERBARU | Siapa tidak kenal dengan penyanyi bersuara hebat di Malaysia, Dayang Nurfaizah. Beliau kini tampil dengan album terbaru yang ke-8.
Untuk pengetahuan korang, ini adalah album pertama yang menampilkan konsep album berentak BALADA secara keseluruhan. Kebiasaan kita kenali Dayang dengan lagu berentak R&B dan sangat jarang dengan lagu berentak Balada dan kearah cinta-cinta ni. Jadi ini yang memberi kelainan kepada insan bernama Dayang Nurfaizah.
Album yang membariskan 10 lagu ini disempurnakan dengan tujuh lagu baru dilampirkan bersama tiga buah lagu yang mencipta fenomena tersendiri iaitu DI PINTU SYURGA, TAK PERNAH MENYERAH dan LELAKI TERAGUNG.
Yang bestnya sekiranya korang memiliki album ini, korang boleh mendengar semula kelantangan vokal Dayang Nurfaizah semasa menyertai Juara Lagu yang lalu.
Nama-nama besar dan pengkarya hebat telah bertungkus lumus menjayakan album ini. Antaranya, Ajai, Aubrey Suwito, Tam Spider, Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini, Aizat Amdan, Iman Imran, Hazami, Genervie Kam, Syed Syahmirr dan Aepul Roza.
- Layarlah Kembali
- Usah Dibilang Cinta
- Lelaki Teragung
- Nanti
- Di Pintu Syurga
- Separuh Mati Ku Bercinta
- Takdir
- Dia
- Tak Pernah Menyerah
- Dalam Diam
- Dipintu Syurga LIVE AJL 29
- Tak Pernah Menyerah LIVE AJL 30
- Lelaki Teragung LIVE AJL 31
Yang bestnya sekiranya korang memiliki album ini, korang boleh mendengar semula kelantangan vokal Dayang Nurfaizah semasa menyertai Juara Lagu yang lalu.
Nama-nama besar dan pengkarya hebat telah bertungkus lumus menjayakan album ini. Antaranya, Ajai, Aubrey Suwito, Tam Spider, Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini, Aizat Amdan, Iman Imran, Hazami, Genervie Kam, Syed Syahmirr dan Aepul Roza.
Secara jujur selepas mendengar berulang kali keseluruhan album Dayang Nurfaizah ini, korang akan rasakan ianya cukup rasa untuk didengari dan dinyayikan bersama. Kesemuanya lagu yang berkosnepkan jiwa yang memang patik suka dengar. Hehehe.
Rata-rata orang mengatakan lagu bertajuk Separuh Mati Ku Bercinta ini dijangka boleh pergi jauh sehingga ke Anugerah Juara Lagu Ke-32 tahun ini. Jadi kita nantikan kehebatan lagu ini di pentas AJL32 nanti yeee.
Korang boleh dapatkan album terbaru daripada Dayang Nurfaizah disemua kedai muzik seluruh Malaysia hari ini.
Comments
Post a Comment