LIRIK LAGU JAMPI HAEL HUSAINI


LIRIK LAGU JAMPI HAEL HUSAINI | Sebenarnya patik sangat menggemari bakat anak muda yang bernama Heal Husaini sejak beliau menyertai Akademi Fantasia suatu ketika dahulu sebab bagi patik mereka ini adalah kumpulan duo yang boleh pergi jauh. 

Tapi apakan daya apabila nama AZHAEL telah dibubarkan dan masing-masing membawa haluan sendiri selepas kumpulan duo mereka tampil dengan beberapa buah lagu sebelum pembubaran. 

Baru-baru ini Hael Husaini tampil dengan single terbaru berjudul JAMPI yang bagi patik karya yang berhantu untuk beliau. 


Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah

Penyanyi: Hael Husaini
Lagu: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong




Patik makin teruja apabila lagu ini telah menjadi runut bunyi bagi drama yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria 104 dan juga Astro Ria HD 123 setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam berjudul Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha

Sehingga entri ini dipaparkan, sebanyak 3 episod telah ditayangkan. Khabarnya jumlah episodnya adalah sebanyak 24 episod. So jom kita sama-sama saksikan. 

Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN