AYAM KAMPUNG SEDAP TARUHAN RESTORAN AYAM KAMPUNG VELODROME
AYAM KAMPUNG SEDAP TARUHAN RESTORAN AYAM KAMPUNG VELODROME | Patik nak tanya satu soalan. Korang jenis yang sukakan menu ayam kampung ke tidak? Seperti patik yang dibesarkan dengan menjamah ayam bandar sudah pasti akan mengatakan ayam kampung adalah kurang sedap dan juga liat struktur dagingnya.
Tapi apa yang katakan semua itu meleset apabila patik telah datang sendiri dan mencuba menu yang berasakan ayam kampung iaitu di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet yang terletak di pusat membeli belah D'Pulze Cyberjaya.
Rupanya di Cyberjaya terdapat lokasi menu berasaskan ayam kampung yang sedap dan sangat menepati cita rasa orang sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Kajang, Bandar Baru Bangi dan kawasan yang sewaktu dengannya.
RESTORAN AYAM KAMPUNG VELODROME PREMIUM OUTLET DPULZE CYBERJAYA
Untuk sampai ke Restoan Ayam Kampung Velodrome Premium Outlet ini korang perlu keluar ke pintu utama pusat membeli belah ini dan lokasinya disebelah kanan korang.
Restoran yang baru beroperasi ini telah menjadikan kawasan letak kereta VIP menjadi sebuah restoran premium yang sangat selesa dan santai.
Untuk pengetahuan korang semua, Restoran Ayam Kampung ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1980 pembuka cawangan di D'Pulze Cyberjaya ini telah menjadi jumlah keseluruhan bagi rangkaian restoran ini adalah tiga (3) cawangan.
Premium Outlet disini bermaksud restoran ini menyediakan ruang lokasi yang lebih selesa untuk memberi keselesaan yang lebih kepada pengunjung. Konsep premium ini adalah yang pertama diantara cawangan mereka dimana lagi dua (2) cawangan lagi yang terletak di Kompleks Veledrom Cheras. Itu sebab nama Ayam Kampung Veledrome ini mengambil nama kompleks tersebut.
Dua ruang berbeza iaitu berhawa dingin disebelah dalam dan ruang terbuka dibahagian luar disediakan untuk para pengunjung yang datang makan di Restoran Ayam kampung Veledrome Pri
PILIHAN MENU DI RESTORAN AYAM KAMPUNG VELEDROME
Seperti yang patik kisahkan tadi, di restorsn ini hanya menyediakan menu yang berkonsepkan menu kampung yang boleh patik katakan agak susah untuk kite dapatkan menu seperti itu di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Kajang dan Bangi ni haaa. Mujur Restoran Ayam Kampung Veledrome Cyberjaya ni haa ada menyediakan menu seperti ini, jadi tidak perlu patik nak bersusah payah mencari tempat makan sedap
Apa yang ade sini? Meh sini patik kongsikan dengan korang antara menu yang boleh korang pilih untuk korang.
![]() |
Set Nasi Ayam Kampung |
![]() |
Set Ayam Kampung Butter |
Sebenarnya ini adalah kali pertama patik menjamah sate jenis ayam kampung. Selama ini patik hanya biasa dengan sate yang sudah sedia ada dipasaran. Tapi di Restoran Ayam Kampung Velodrome Cyberjaya ini menyediakan sate ayam kampung.
Rasanya memang sangat lembut dan bukan seperti yang patik bayangkan adalah liat, keras dan tidak sedap. Tapi sate ayam kampung ini memang sedap!!
Rasanya memang sangat lembut dan bukan seperti yang patik bayangkan adalah liat, keras dan tidak sedap. Tapi sate ayam kampung ini memang sedap!!
![]() |
Sate Ayam Kampung |
Sebenarnya banyak lagi masakan kampung yang disediakan secara ala-carte. tapi patik teringin sangat untuk makan menu masak lemak siput sedut. Dengan siput yang besar, gemuk dan isinya yang tembam membuatkan patik sangat-sangat berpuas hati.
![]() |
Masak Lemak Siput |
Tidak dengan itu sahaja, menu ikan bakar yang diberi nama Ikan Bakar Dendam Tak Sudah pasti akan membakar perasaan korang untuk merasainya.
![]() |
Ikan Talapia Bakar |
![]() |
Ikan Pari Bakar |
![]() |
Ikan Keli Bakar |
Haaaa jadi bagaimana? Adakah korang rasa tercabar dan terancam dengan menu yang patik kongsikan tadi? Jadi jom datang sendiri ke Restoran Ayam Kampung Velodrome D'Pulze Cyberjaya.
Bagi korang yang nak datang dan rasai sendiri pelbagai menu kampung yang dihidangkan di Restoran Ayam Kampung Velodrome D'Pulze Cyberjaya ini, korang boleh cari dialama berikut;
Restoran Ayam Kampung Velodrome
Lot EX-GW-01 Aras G
DPulze Shopping Centre Cyberjaya
Landmark: Keluar pintu utama D'Pulze, ianya terletak disebelah kanan
berhadapan dengan Plan B
>> FACEBOOK <<
Kredit foto: www.amirnawai.com, www.afzalsuaksuki.com, www.dikbee.com
Comments
Post a Comment