NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN ANTARABANGSA BELIA ANJURAN PBB
NEELOFA WAKIL BELIA MALAYSIA KE PERSIDANGAN ANTARABANGSA BELIA ANJURAN PBB | Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa akan mewakili belia Malaysia di Persidangan Youth Assembly at United Nation anjuran PBB berlokasi di Amarika Syarikat pada bulan Ogos nanti.
Persidangan yang menggabungkan para belia diseluruh dunia yang berusia bawah 28 tahun ini akan memberi peluang Neelofa bertukar-tukar idea dan memberi input sebagai wakil para belia Malaysia disana nanti.
Tempoh hari patik sempat menghadiri majlis anjuran Putrajaya Holdings dimana Neelofa telah dilantik menjadi duta kepada syarikat hartanah tersebut. Syarikat hartanah yang memonopoli hartanah di sekitar Putrajaya.
Semasa sesi temu bual tempoh hari bersama media, Neelofa memberitahu bahawa jadualnya terlalu padat sehinggalah bulan Oktober 2017 nanti dimana beliau akan berada di enam buah negara dalam masa 3 bulan ketiadaannya di Malaysia.
Selain menyertai persidangan di Amerika Syarikat, beliau akan kembali pada hujung bulan 8 nanti untuk menyambung pengembaran drama Red Velvet selama tiga hari sebelum terbang ke Los Angeles pada hujung bulan ini bagi menghadiri sesi fotografi khas jenama Swarovski selama empat hari.
Pada bulan September pula Neelofa akan menghadiri minggu fesyen Swarovski di Milan dan khabarnya ada beberapa perkara yang akan dilakukan disana yang berstatus rahsia. Hehehe. Jadual beliau masih penuh sehingga Oktober sebelum Neelofa mengambil keputusan untuk berehat buat seketika.
Apa pun patik nak ucapkan selamat bersidang di Persidangan Youth Assembly at United Nation kepada Neelofa dan juga selamat bekerja untuk suatu jangka masa yang panjang.
Bagi korang yang sedang mencari-cari hartanah untuk dijadikan aset peribadi, apa kata korang boleh jengah-jengah lokasi hartanah milik Putrajaya Holdings di Putrajaya atau korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut:
Comments
Post a Comment