TERJEBAK DENGAN BARANGAN SMIGGLE

Produk Smiggle

TERJEBAK DENGAN PRODUK SMIGGLE | Tempoh hari heboh mengatakan yang produk alat tulis SMIGGLE mengadakan jualan murah untuk semua cawangan di Malaysia. Sebenarnya patik ni jenis yang kurang minat dengan karakter katun daripada luar Malaysia jadi patik tidak mengenali apa sebenarya SMIGGLE ini. 

Since patik tinggal di Bangi, lokasi yang terdekat cawangan SMIGGLE ini adalah di IOI City Mall Putrajaya. Apa lagi patik pun bergegas menghala kesana untuk melihat murah sungguh ke promosi diskaun yang SMIGGLE berikan. 

Produk Smiggle

Melangkah masuk kedalam outlet SMIGGLE ini, korang akan tertarik dengan bauan yang sangat sedap bagaikan korang rasa nak makan semua produk ini kerana baunya seakan ais krim kelapa yang sangat sedap rasanya. Bau yang berlemak manis tu memang patik yakin korang akan geram.

Produk Smiggle

Melihat produk SMIGGLE yang sangat comel dan berwarna-warni ini akan membuatkan korang ingin kembali kezaman kecil dan berada didalam dunia semua ini. 

Produk alat tulis yang mereka hasilkan adalah bermutu tinggi dan sangat berkualiti. Dengan menggunakan karakter kartun, patik yakin semua kanak-kanak pasti ingin memilikinya walaupun satu barangan. 

Produk Smiggle

Korang yang mempunyai anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan sudah patik akan tertarik dan pasti akan teringatkan anak korang tatkala korang masuk kesini. 

Patik yang dewasa ni pun sangat suka dengan rekaan yang SMIGGLE hasilkan. Dengan rekaan yang menarik, ditambah pula dengan bau dia yang tak tahu bagaimana patik nak terangkan melainkan korang masuk sendiri didalam outlet SMIGGLE yang ada berhampiran korang. Sangat menggoda ok yeeee !

Produk Smiggle

Disebabkan tawaran diskaun yang murah diadakan SMIGGLE IOI City Mall Putrajaya tempoh hari, patik sempat membeli beberapa bekas alat tulis untuk patik berikan kepada anak buah patik. Kalau betul-betul sebelum diskaun memang harganya bagaikan tidak tercapai akal. Tetapi selepas tawaran diskawan yang diberikan bukan 1 malah 4 barangan sempat patik dapatkan disana. 

Produk Smiggle
Produk Smiggle
Produk Smiggle
Produk Smiggle
Produk Smiggle

Ini adalah 4 barangan SMIGGLE yang patik telah dapatkan di SMIGGLE IOI City Mall Putrajaya tempoh hari. Kalau sebelum diskaun ni, harganya memang korang rasa akan terpitam yeee. Hehehehe. 

Produk Smiggle

Produk Smiggle

Gambar diatas ni adalah bekas alat tulis yang menjadi pilihan patik. Semuanya sangat cantik dan dihasilkan dengan menggunakan produk yang tidak berbahaya untuk kanak-kanak. Jadi korang tidak perlu risau sekiranya anak-anak korang tergigit barangan tersebut. 


Produk Smiggle

Haaaa.. selesai membeli, jadi jom kita balik dengan perasaan seronok sebab SMIGGLE sangat jarang ok buat tawaran seperti ini. Harap-harap dimasa depan korang yang teringin untuk mendapatkan produk SMIGGLE ini boleh laaa dapatkan pada harga yang superrrr murah !!

Bagi korang yang berdekatan dengan Putrajaya, Bangi, Kajang dan kawasan yang seangkatannya bolehlah datang ke SMIGGLE IOI City Mall Putrajaya yeeee. 

SMIGGLE IOI City Mall Putrajaya
G-34, IOI City Mall Putrajaya
Lebuh IRC, IOI Resort City, 
62502 Putrajaya.


Comments

Popular posts from this blog

RESTORAN JIBRIL BANDAR BARU BANGI SEDIA MENU BERASASKAN 'BUTTER'

MAKAN DI MASHIGETTA KOREAN FOOD BANDAR BARU BANGI YANG SEMESTINYA 100% HALAL

KOD PADA TAYAR YANG PERLU PENGGUNA TAHU DALAM SETIAP PEMANDUAN