ICE BUCKET SUDAH ADA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA !!
ICE BUCKET SUDAH ADA DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA !! | Sebenarnya patik pernah lepak makan dekat Ice Bucket ni dengan kawan-kawan blog patik semata ingin merasai pengalaman makan ais krim didalam balang besar. Heboh sana-sini orang mengatakan pasal Ice Bucket ini. Jadi patik pun ikut sama.
![]() |
Ice Bucket |
Inilah Ice Bucket yang datang dengan pelbagai perasa yang heboh orang datang untuk mencuba. Memang berbaloi ok makan sebalang besar ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Patik yang dari Bangi rela datang ke AEON Shah Alam kerana itu sahaja lokasi yang paling dekat dengan patik selain cawangan di AEON Klebang Ipoh, Perak.
Bila Ice Bucket telah membuka cawangan di IOI City Mall Putrajaya, makin seronoklah patik dan sekutunya yang berdekatan dengan IOI City Mall ni haaa. Yeayyy Ice Bucket dah ada di IOI City Mall Putrajaya !! Memang dekat dengan rumah patik.
![]() |
Suasana dalaman Ice Bucket IOI City Mall Putrajaya |
Bila melangkah masuk ke Restoran Ice Bucket ni, patik suka dengan persekitaran disini. Dengan suasana yang sedikit suram dan ditambah dengan pepohon menaikkan mood untuk kita bersantai disini. Suka sangat laaa weehh senang kata.
Pekerja yang sangat efektif dan mesra pelanggan menambahkan lagi keseronokkan bila datang makan dekat sini. Itu yang kadang tu patik akan lihat dari perspektif lain selain menu yang sudah semestinya sedap. hehee.
Memang lumrah bila semua orang datang kesini, balang Ice Bucket ini akan menjadi tarikan untuk diabadikan didalam media sosial masing-masing.
MENU MENARIK DI ICE BUCKET IOI CITY MALL PUTRAJAYA
Selain menikmati kesejukkan dan kesedapan sebalang Ice Bucket, disini juga terdapat menu-menu tambahan yang mungkin boleh korang cuba. Patik sudah mencuba kesemua menu yang ada disini termasuklah menu utama dan juga menu kudapan mereka.
![]() |
CHICKEN POP CORN RM POTATO FRIES RM |
![]() |
CHIKEN CURRY NOODLE RM 11.90 PRAWN NOODLE RM 11.90 SPICY SOUR NOODLE RM 11.90 |
![]() |
BEEF BURGER RM 17.90 LAMB BURGER RM 19.90 CHICKEN BURGER RM 15.90 |
![]() |
HOMEMADE CHICKEN MEATBALL (8PCS) RM15.90 |
![]() |
ROASTED CHIKEN PASTA RM 17.90 BLCK PAPER ROASTED CHIKEN RM 17.90 |
Nampak tak betapa menyelerakan menu yang ditawarkan disini. Bila sebut portion menu tu, patik secara peribadi sangat suka dan memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Portion besar pada harga yang boleh dikatakan berbaloi.
Bila korang datang ke mana-mana cawangan Ice Bucket, patik yakin menu wajib yang akan korang order adalah Ice Bucket ini sendiri. Dengan bekas yang sangat besar memang sangat puas untuk korang nikmatinya bersama keluarga atau sahabat handai.
Bila korang datang ke mana-mana cawangan Ice Bucket, patik yakin menu wajib yang akan korang order adalah Ice Bucket ini sendiri. Dengan bekas yang sangat besar memang sangat puas untuk korang nikmatinya bersama keluarga atau sahabat handai.
![]() |
ICE FRUIT BUCKET RM29.90 ICE CHOCHOLATE BUCKET RM29.90 OREO BUCKET RM29.90 (TERBARU) ICE STRAWBERRY BUCKET RM29.90 |
Oh yaaa baru patik perasan yang Ice Bucket sekarang ni sudah menambah menu Ice Bucket baru yang bertemakan biskut Oreo. Selepas mencuba keempat-empat jenis Ice Bucket, patik lebih menyukai rasa yang baru ini sebab tidak manis dan biskut dia memang rapuh walaupun sudah terendam dengan ais krim tu. |
Jadi ape tunggu lagi. Jom serang 3 cawangan Ice Bucket iaitu di AEONKlebang Ipoh, AEON Shah Alam dan terbaru di IOI City Mall Putrajaya.
Untuk sebarang informasi lanjut, korang boleh dapatkan informasi di laman sosial Ice Bucket Malaysia seperti berikut.
Comments
Post a Comment